Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.les.ta.rian] | کلستارين

Definisi : keadaan (hutan, persekitaran, dll) yg tidak berubah atau yg terpelihara spt asal, keaslian: ~ hutan kita mesti diutamakan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.les.ta.rian] | کلستارين

Definisi : keadaan lestari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelestarian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
green engineeringkejuruteraan hijauTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKelestarian penggunaan prinsip matematik dan sains dalam reka bentuk, pengkomersialan dan penggunaan proses serta produk yang ekonomi dan boleh dilaksanakan. Kejuruteraan hijau mengambil kira pencegahan dan pengawalan pencemaran, menggalakkan kelestarian serta meminimumkan risiko terhadap kesihatan dan alam sekitar.
MyDigital Champion SchoolSekolah Juara MyDigitalPendidikanTiadaSekolah yang mempamerkan kelestarian digital dalam segala aspek pengurusan sekolah dan boleh dijadikan contoh.
industrial ecologyekologi industriTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauEkosistem industri yang mengurangkan kesan negatif dan meningkatkan kelestarian alam sekitar hasil penelitian aliran jisim dan tenaga dalam produk, proses, sektor industri dan ekonomi. Ekologi industri menyediakan perspektif jangka panjang, pertimbangan keseluruhan pembangunan teknologi dan dasar untuk penggunaan sumber lestari dan perlindungan alam sekitar.
public awarenesskesedaran awamTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPemahaman terhadap pentingnya persekitaran dan keperluan untuk melindunginya bagi kelestarian pada masa akan datang.
corporate social responsibilitytanggungjawab sosial korporatPengurusanPerancanganSuatu tindakan organisasi perniagaan yang menunjukkan tanggungjawab mereka kepada kesejahteraan masyarakat, ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Tindakan ini bukan suatu aktiviti perniagaan dan tidak bermatlamatkan keuntungan. Keputusan untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat perlu dibuat oleh pihak atasan organisasi supaya dapat mempengaruhi tanggapan pihak berkepentingan, bahawa organisasi tersebut merupakan sebuah organisasi yang mengambil berat tentang kesejahteraan persekitaran. Contohnya, syarikat kewangan yang menyediakan program latihan seperti celik karangan, khusus untuk murid sekolah bagi memperkasa generasi muda supaya lebih bijak mengurus wang mereka.
block systemsistem blokPerikananTiadaPeraturan perikanan yang menetapkan bahawa aktiviti memancing perlu dilakukan mengikut kuota atau mengikut zon tertentu. Sistem ini bertujuan untuk memastikan kelestarian stok ikan.
sustainable developmentpembangunan mampanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPembangunan yang dilaksanakan untuk memenuhi keperluan pada masa kini, tanpa menjejaskan alam sekitar dan kepupusan sumber serta dapat menjamin kelestarian pada masa hadapan.
environmental responsibilitytanggungjawab alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPerilaku beretika dalam pengawasan dan pengurusan alam sekitar serta sumber asli untuk memelihara dan meminimumkan kerosakan di samping memastikan kelestarian sumber ini untuk generasi akan datang.
arboriculturearborikulturPertanianAgroteknologiPenanaman pokok dan tumbuhan renek serta penjagaannya untuk memberikan nilai estetik pada landskap. Contohnya, penanaman pokok-pokok di kawasan taman awam sebagai tempat untuk beriadah selain untuk memastikan kelestarian alam sekitar.
supply managementpengurusan bekalanTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauTindakan untuk mengenal pasti, memperoleh dan mengurus sumber penting bagi operasi sesebuah organisasi. Tujuan utama pengurusan bekalan adalah untuk mengawal kos, mengekalkan kelestarian, membekalkan sumber yang cekap, mengurus risiko dan mengumpul maklumat yang berkesan bagi menghasilkan keputusan yang strategik.
12

Kembali ke atas