Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.li.sa] | کليسا

Definisi : ; kacang ~ sj tumbuhan (pokok me­manjat), kacang botor, kacang belimbing, Psophocarpus tetragonolobus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.sa] | کليسا

Definisi : sj ikan darat, Scleropages formosus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.sa] | کليسا

Definisi : ark gereja, rumah berhala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.li.sa] | کليسا

Definisi : , = kacang ~ nama sj tumbuh-tumbuhan memanjat; Psophocarpus tetragonolobus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.li.sa] | کليسا

Definisi : , = ikan ~ nama sj ikan darat, Scleropags fermosus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kelisa

Puisi
 

Kecil-kecil kacang kelisa,
     Pandai melilit di pagar orang;
Tengok kecil mulutnya bisa,
     Pandai menyakit hati orang.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arowanakelisaPerikananTiadaSejenis ikan air tawar daripada famili Osteoglossidae, nama saintifik Scleropages formosus yang dipancing menggunakan umpan serangga. Ikan kelisa mempunyai badan yang panjang dan tipis serta sisik besar yang berwarna seakan-akan pelangi. Warna sisik ikan kelisa bergantung pada habitat asalnya sama ada dari Amerika Selatan, Asia, Australia atau Afrika. Ikan ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan digemari oleh kaki pancing serta penggemar ikan akuarium.
winged beankacang botor/kacang kelisaPertanianTiadaTiada
four angled bean (Psophocarpus tetragonolobus)kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus)PertanianTiadaTiada
four angled bean (Psophocarpus tetragonolobus)kacang kelisa (Psophocarpus tetragonolobus)Pentadbiran PerniagaanTiadaSejenis tumbuhan memanjat yang buahnya di uat sayur, ulam dan sebagainya.
winged bean/four angled bean (Psophocarpus tetragonolobus)kacang botor/kelisa (Psophocarpus tetragonolobus)PertanianTiadaTiada
ornamental fishikan hiasanPerikananAkuakulturIkan air tawar yang dijadikan hiasan dalam akuarium seperti ikan kelisa/arowana, ikan emas, ikan gupi dan ikan plati.
ClimberPemanjatPertanianAgronomi

Jenis tumbuhan yang mempunyai tabiat memanjat sesuatu struktur seperti tiang, pokok atau pagar apabila bertemu struktur berkenaan. Contohnya, kacang panjang, petola, kacang kelisa, bunga kesidang dan rotan.  Tumbuhan ini biasanya mempunyai akar, sulur atau duri yang memberinya keupayaan untuk melekat kepada struktur sokongan yang membolehkannya memanjat.

ghost shrimp/glass shrimpudang gantungPerikananAkuakulturSejenis krustasea air tawar yang popular dalam industri ikan hiasan untuk dijadikan sebagai makanan hidup kepada ikan pemangsa seperti kelisa. Udang gantung turut dikenali sebagai udang beras atau udang padi dengan nama saintifik, Macrobrachium lanchesteri. Udang ini boleh dijumpai di dalam kolam, tasik dan sungai.
mending castlempar perbetulPerikananTiadaKaedah melontar tali joran ke arah hulu arus untuk mengelakkan umpan serangga ditekan oleh arus. Melalui kaedah ini, umpan dibiarkan terapung dan hanyut mengikut arus secara semula jadi. Ikan kelisa, biasanya amat tertarik untuk menyambar umpan serangga yang hanyut secara semula jadi.
endangered speciesspesies terancamPerikananTiadaSpesies flora dan fauna yang bilangannya terlalu kecil sehingga diancam kepupusan disebabkan oleh eksploitasi melampau atau kemusnahan habitat. Senarai spesies terancam dikeluarkan oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN). Contoh spesies yang terancam ialah penyu belimbing, ikan kelisa dan terumbu karang.
12

Kembali ke atas