Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.lua.san] | کلواسن

Definisi : 1. perihal luas: dlm buku itu ditunjukkan bagaimana kedudukan dan ~ benua Australia dapat ditetapkan orang; ~ badannya kecil jika dibandingkan dgn isi padu binatang itu; 2. kelapangan, kelong­garan, keringanan, kesempatan: persatuan peladang itu telah mendapat ~ memiliki tanah seluas 28 hektar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.lua.san] | کلواسن

Definisi : 1 keadaan luas: Kelulusan dan ~ pengalamannya menyebabkan dia berjaya menjadi pengarah yg baik. 2 luasnya sesuatu kawasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
luas (adjektif)
1. Bersinonim dengan lapang: lebar, besar, lawas, selesa,

2. Bersinonim dengan lebar: besarnya

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terbuka fikiran, mendalam,

2. Bersinonim dengan tidak terbatas: lantang, saujana,

Kata Terbitan : meluas, meluaskan, keluasan, peluasan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
coefficient, contractionkoefisien kisutHidrologiTiada(1) Nisbah kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu yang dikurangkan terhadap kepanjangan, keluasan keratan, atau isi padu asal. (2) Dalam hidrometri, nisbah keluasan keratan rentas basah normal keratan jepit terhadap keluasan keratan rentas nominal orifis atau mulut empang.
projected surface areakeluasan permukaan unjuranKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeluasan jasad pepejal yang diunjurkan ke atas satu satah yang bersudut tepat dengan arah pengaliran. Misalnya, keluasan permukaan unjuran bagi sfera ialah pR2 (R = jejari sfera (m)).
foot waqfwakaf kakiEkonomiEkonomi IslamWakaf yang dikeluarkan dan dijual oleh sesebuah institusi kepada orang ramai berdasarkan keluasan kawasan harta wakaf. Wakif akan membayar harga harta wakaf mengikut keluasan yang dinyatakan. Ukuran keluasan yang digunakan adalah dalam ukuran kaki persegi dan harga harta untuk setiap kaki persegi tersebut ditentukan oleh nazir. Pengeluar saham tersebut akan bertindak sebagai nazir untuk mengumpul dana wakaf dan menggunakannya bagi membeli harta wakaf berkenaan. Wakaf kaki juga dikenali sebagai wakaf hasta atau wakaf lantai. Wakaf ini biasanya digunakan untuk mendapatkan data bagi pembinaan masjid dan madrasah.
specific surface areakeluasan permukaan spesifikKejuruteraanKejuruteraan KimiaKeluasan permukaan per unit berat bahan.
areal rate of reactionkadar tindak balas keluasanKejuruteraanKejuruteraan KimiaKadar tindak balas per unit keluasan permukaan yang ditetapkan oleh IUPAC bagi proses tindak balas kimia bermangkin.
grid rationisbah gridKejuruteraanTiada1. Nisbah kedalaman jalur-jalur legap sesuatu grid diukur dalam arah alur primer, terhadap jarak pemisahan di antara jalur-jalur itu.,2. Nisbah jumlah keluasan lubang terhadap jumlah keluasan grid.
depth-area-duration analysisanalisis kedalaman-keluasan-jangka masaHidrologiTiadaAnalisis taburan meluas kerpasan sesuatu ribut, biasanya dibuat secara grafik dengan menggunakan lengkung kedalaman-keluasan untuk berbagai jangka masa ribut.
velocity-area methodkaedah halaju-keluasanHidrologiTiadaKaedah mengukur luahan sungai dengan menentukan halaju air yang mengalir di beberapa titik di keratan rentasnya dan mengukur keluasan keratan rentas di tempat mengukur.
kharaj amaliahkharaj amaliahEkonomiEkonomi IslamCukai tanah yang dikenakan oleh pemerintah berdasarkan keluasan tanah. Contohnya, 20 peratus hasil pertanian daripada keluasan tanah atau tanah bahagian timur untuk pemilik tanah dan tanah di bahagian barat untuk pengusaha.
average yieldhasil purataPertanianAgronomi

Hasil tanaman yang diperoleh dari seluruh kawasan dibahagi dengan keluasan tanaman berkenaan. Contohnya, sekiranya kawasan Tanjung Karang menghasilkan 30,000 tan padi dan keluasan tanaman padi di kawasan itu ialah 3,000 hektar, maka hasil purata ialah 10 tan per hektar. Hasil purata juga boleh dikira berasaskan hasil yang diperoleh dalam beberapa tahun.  Contohnya, sekiranya hasil padi bagi tiga tahun ialah 27 tan per hektar, maka hasil purata setahun ialah 9 tan per hektar.

12345678910...

Kembali ke atas