Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.maÖmu.ran]/[ke.ma/.mu.ran] | کمعمورن

Definisi : perihal makmur (mewah, ser­ba cukup, sejahtera, dll): ~ sesebuah negeri bergantung terutama sekali pd kerajinan penduduk-penduduk negeri itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.maÖmu.ran]/[ke.ma/.mu.ran] | کمعمورن

Definisi : keadaan makmur: ~ sesebuah negeri bergantung pd kerajinan penduduk-penduduknya sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
makmur (adjektif)
Bersinonim dengan mewah, kaya-raya, kaya, maju, berjaya, berkembang, serba cukup, sejahtera, berhasil, beruntung;,
Kata Terbitan : memakmurkan, kemakmuran,

Peribahasa

Bulan terang paksa baik;
     payang ke laut,
balok pun ke laut juga.

Bermaksud :

Dalam masa kemakmuran semua orang berlumba-lumba mencari keuntungan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prosperitykemakmuranUndang-undangTiadaTiada
coprosperitysekemakmuranSejarahTiadaKemakmuran bersama yang diperolehi melalui kerjasama dan saling bantu membantu oleh anggota masyarakat atau rakyat sesebuah negara.
benevolent neutralitykekecualian muhibahSejarahTiadaSikap berkecuali yang bertujuan untuk meningkat perasaan muhibah dan keamanan serta kemakmuran.
living standardstandard kehidupanPentadbiranTiadaSikap dan jangkaan seseorang tentang mutu kehidupan keluarga dan dirinya sendiri serta tahap kemakmuran ekonomi.
rapporthubung baikSejarahTiadaSifat sesuatu atau seseorang yang mempunyai hubungan yang baik yang dicirikan oleh keharmonian, tolak ansur dan kemakmuran.
social controlkawalan sosialPentadbiranTiadaMekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat.
cooperative spheresfera kerjasamaSejarahTiadaLingkungan wilayah yang tertentu dipropagandakan oleh Jepun dalam tahun 1940-an untuk membentuk kawasan atau wilayah yang saling bekerjasama untuk mencapai kemakmuran tanpa bantuan kuasa asing atau penjajah.
physiocracyfisiokrasiSejarahTiadaKerajaan yang mengamalkan prinsip atau doktrin atau sistem fisiokratik yang mendasarkan doktrin politik dan ekonomi kepada supremasi atau keutamaan peraturan natural iaitu kekayaan serta kemakmuran umum atau rakyat yang menggerakkan masyarakat industri.
public interestkepentingan awamPentadbiranPentadbiran Awam

Keadaan yang merujuk kepada kesejahteraan bersama atau kebajikan masyarakat dalam sesebuah negara. Kepentingan awam menjadi teras kepada kestabilan politik, kekukuhan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kemantapan taraf pendidikan. Dalam konteks ini kerajaan memainkan peranan penting dalam menjamin kelangsungan kepentingan awam demi menjaga keselamatan dan kemakmuran supaya tidak wujud unsur-unsur subversif yang boleh menjejaskan keamanan negara.

value systemsistem nilaiPentadbiranPentadbiran Awam

Tatacara dan tataurus individu atau kelompok dalam menjalani kelangsungan kehidupan mereka dalam sesebuah masyarakat. Sistem nilai juga merujuk kepada cara atau kaedah seorang individu atau sekumpulan individu mengamalkan nilai-nilai murni dalam konteks budaya, sosial dan agama berdasarkan norma-norma sosial. Selain itu, tatacara ini juga dianggap sebagai satu sistem yang membentuk tatamoral yang menjadi pegangan kepada sesebuah masyarakat ke arah kemakmuran sejagat.

12

Kembali ke atas