Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ma.ni.san] | کمانيسن

Definisi : 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. kese­ronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ma.ni.san] | کمانيسن

Definisi : keadaan atau sifat manis: ~ buah; ~ gadis itu menawan hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
probe theory of sweetnessteori kuar bagi kemanisanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
saccharinesakarinMakanan dan PemakananPemakananPemanis alternatif terawal yang dijumpai dan mempunyai kemanisan kira-kira 300 hingga 700 kali lebih manis berbanding dengan sukrosa, tetapi tidak menyumbangkan tenaga kepada tubuh. Sakarin biasanya digunakan dalam makanan diabetik dan makanan kesihatan bagi menggantikan gula (sukrosa).
saccharinsakarinMakanan dan PemakananTeknologi MakananPemanis tanpa nutrien yang mempunyai 500 kali kemanisan sukrosa atau gula tebu. Biasanya sakarin digunakan dalam makanan diabetik dan makanan kesihatan bagi menggantikan gula.
xylosexilosaMakanan dan PemakananTeknologi MakananGula monosakarida pentosa yang terdapat dalam bahan berserat tumbuhan sebagai karbohidrat kompleks. Gula ini mempunyai 40% kemanisan sukrosa dan digunakan dalam makanan diabetik.
Clone selectionPemilihan klonPertanianAgronomi

Proses untuk mengenal pasti pokok induk yang sesuai dibiak menjadi klon, berdasarkan ciri-ciri yang dikehendaki seperti ketinggian hasil, kemanisan buah atau ketahanan kepada penyakit. Pemilihan klon biasanya dilakukan dengan menanam pokok dan pemerhatian dibuat terhadap ciri-ciri pokok yang penting.  Berasaskan pemerhatian ini, beberapa pokok yang didapati istimewa akan dibiak secara vegetatif untuk dijadikan beberapa klon.

humectanthumektanMakanan dan PemakananTeknologi MakananAditif makanan untuk mengikat air bebas serta merendahkan keaktifan air. Ini membantu mengawet makanan dan mengawal pertumbuhan mikroorganisma. Humektan juga digunakan sebagai penstruktur, pemberi kemanisan dan mempunyai nilai kalori. Ia sering digunakan dalam makanan separa lembap seperti sos dan sup pekat. Contoh, gliserol, sukrosa, dan natrium klorida. Sinonim agen pengawal lembapan.
sucrosesukrosaMakanan dan PemakananTeknologi MakananMonosakarida yang terdiri daripada glukosa dan fruktosa. Ia diperoleh daripada gula tebu dan gula bit. Sukrosa larut air dan digunakan sebagai standard dalam membandingkan kemanisan bahan pemanis. Sukrosa merupakan pemanis dan pengawet yang biasa digunakan dalam makanan seperti buah-buahan awet.
glycerolgliserolMakanan dan PemakananTeknologi MakananAlkohol trihidrik yang jernih, tidak berbau, likat dan berasa manis. Gliserol merupakan komponen asas minyak dan lemak selain asid lemak. Gliserol wujud secara semula jadi dalam kebanyakan tumbuhan dan diperoleh sebagai bahan sampingan hidrolisis lemak dan minyak dalam pembuatan sabun atau daripada penapaian glukosa, atau melalui sintesis kimia propilena. Gliserol mempunyai kemanisan lebih kurang dua per tiga kemanisan sukrosa. Gliserol digunakan sebagai perencat penghabluran, humektan dan bahan pemanis dalam makanan bakeri, manis-manisan, dan kelapa parut. Ia juga digunakan sebagai pelarut bagi pewarna dan perisa makanan; dan sebagai bahan pelincir bagi alat pemprosesan makanan. Sinonim gliserin.
isomaltuloseisomaltulosaMakanan dan PemakananMakananSejenis gula disakarida yang terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang dihubungkan oleh ikatan α-1,6-glikosidik (nama kimia: (6-O-α-D-glukopiranosil-D-fruktosa) dan memberikan kalori sebanyak 4 kkal/g. Isomaltulosa hadir secara semula jadi dalam ekstrak madu dan tebu serta mempunyai tahap kemanisan separuh daripada sukrosa. Isomaltulosa dihasilkan secara komersial melalui kaedah enzimatik daripada gula tebu.

Kembali ke atas