Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : dupa atau getah drpd sj tumbuhan (Styrax benzoin) yg harum baunya apabila di­bakar, luban jawi; jenis-jenisnya: ~ arab, ~ hantu, ~ hitam, ~ merah, ~ putih, ~ serani; belum (sudah) diasapi ~ belum (sudah) berkahwin; apakah gunanya ~ sebesar tungku kalau tidak dibakar = ~ sebesar lutut, jika tidak dibakar manakan berbau prb tidak ada gunanya ilmu pengetahuan yg disimpan sahaja dan tidak diajarkan kpd orang lain; gaharu dibakar, ~ berbau prb memperlihatkan kele­bihan supaya dipercayai orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : ; akar ~ hantu sj tumbuhan (po­kok memanjat), Dioscorea pyrifolia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : sj ikan laut; ®kemejan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.nyan] | کمڽن

Definisi : dupa atau getah dr beberapa jenis pokok (berbau harum apabila dibakar): ~ arab; ~ hantu; ~ hitam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemenyan

Peribahasa

Gaharu dibakar kemenyan berbau.

Bermaksud :

Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kemenyankemenyanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Styrax spp. daripada famili Styracaceae. Nama ini berasal daripada nama damar yang dikeluarkan oleh kulit kayunya. Spesies utama kayu ini termasuk Styrax benzoin, S. crotonoides dan S. paralleloneurum. Gubal kayu kemenyan dan teras kayunya dibezakan, dan berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kegunaan utamanya ialah damar kemenyan, yang digunakan untuk pengasapan atau perubatan tradisional.
Styrax benzoinkemenyanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis pokok dalam famili Stryracaceae. Tumbuhan ini biasanya tumbuh dalam hutan tanah pamah hingga hutan bukit. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, permukaan bawah daun diliputi bulu putih halus. Bunganya kecil berwarna putih. Buahnya berbentuk leper. Kandungan kimia utamanya ialah asid benzoik. Kemenyan juga ialah damar yang terdapat pada batang pokok ini. Damar yang telah keras berwarna perang, kelabu dan hitam. Asid benzoik bersifat antibiotik, antiseptik dan mengawet. Kemenyan dimakan atau asapnya dihidu untuk merawat angin ahmar, pitam selepas bersalin, masalah dalam perut dan usus, buasir, membantu membuang kahak, melawaskan kencing, mewangikan badan dan afrodisiak. Kemenyan ditabur dalam air mendidih kemudian asapnya dihidu untuk merawat selesema, radang peti suara, bronkitis dan masalah pernafasan. Kemenyan juga digunakan secara luaran untuk merawat luka, kudis, bisul, kurap, luka selepas berkhatan, mengatasi masalah kulit kering dan alahan. Air rebusan kulit batang diminum untuk m
expiatieruwatanKesusasteraanTiadaUpacara yang berkaitan dengan magis yang biasanya dilakukan pada awal persembahan. Contoh: membakar kemenyan dan membaca mantera pada pembukaan panggung dan cerita lipur lara. Kadangkala diadakan penyembelihan binatang seperti ayam dan kambing.
expiatory sacrificeruwatKesusasteraanTiadaUpacara yang berkaitan dengan magis yang biasanya dilakukan pada awal persembahan. Contoh: membakar kemenyan dan membaca mantera pada pembukaan panggung dan cerita lipur lara. Kadangkala diadakan penyembelihan binatang seperti ayam dan kambing.
titrationpentitratanHerbaTiadaKaedah analisis kuantitatif untuk menentukan kuantiti komponen kimia yang terdapat dalam bahan herba. Kuantiti dihitung berdasarkan jumlah isi padu larutan pentitrat yang bertindak balas dengan komponen kimia herba. Contohnya, assai kandungan asid benzoik dalam kemenyan Siam.
herbal preparationsediaan herbaHerbaTiadaSediaan bahan yang diperoleh melalui pengekstrakan, penyulingan, pemerahan, pemfraksian, penulenan, pemekatan atau penapaian bahan herba. Bahan ini merangkumi herba yang dikisar atau diserbukkan, tinktur, ekstrak, minyak pati, jus perahan dan eksudat yang telah diproses. Contohnya, teh herba, arak herba dan kemenyan.
resinresinHerbaTiadaBahan lelehan atau damar yang diperoleh melalui torehan atau penyulingan daripada bahan mentah herba. Resin ini berbentuk pepejal amorf dan terdiri daripada bahan kimia yang kompleks. Apabila dipanaskan resin menjadi lembut dan mencair. Resin tidak larut air, tetapi larut alkohol atau organik. Contohnya, kemenyan ialah resin yang diperoleh daripada torehan kulit batang pokok Styrax benzoin.
resinresinHerbaFitokimiaCampuran sebatian asid karboksilik, minyak pati dan sebatian semula jadi lain yang tidak larut air. Pada umumnya, campuran ini mempunyai bau yang kuat tetapi sedap. Campuran ini membentuk bahan keras dan rapuh. Resin digunakan sebagai pewangi, pengilat, perekat dan penyalut kalis air bagi tekstil dan kertas. Contohnya, minyak keruing, kemenyan dan gaharu.
resindamarHerbaBotani dan BioteknologiBahan berbentuk cecair likat yang dihasilkan oleh tumbuhan. Warnanya sama ada cerah atau keperang-perangan dan beraroma. Bahan ini merupakan agen pertahanan pokok daripada penyakit dan serangan serangga perosak. Damar biasanya keluar daripada batang pokok apabila terdapat luka akibat ditakik, merekah atau ditebuk oleh serangga. Bahan ini akan mengeras selepas terdedah kepada udara dan warnanya bertukar menjadi perang, kekuning-kuningan atau hitam. Damar digunakan sebagai bahan pelekat, penampal, dan menghasilkan aroma apabila dibakar dan minyak pati. Contoh pokok yang mengeluarkan damar ialah kemenyan (Styrax benzoin), kapur (Dryobalanops aromatica) dan keruing (Dipterocarpus sp.).

Kembali ke atas