Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.me.ro.so.tan] | کمروسوتن

Definisi : perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.ro.so.tan] | کمروسوتن

Definisi : perihal (kejadian dsb) me­rosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.me.ro.so.tan] | کمروسوتن

Definisi : keadaan merosot (bkn nilai wang, mutu, kemajuan dll); kemunduran; kejatuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosot
Kata Terbitan : merosot, merosotkan, kemerosotan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stasisstasisBiologiFisiologiSuatu keadaan yang menunjukkan tidak berlakunya sebarang peningkatan, malahan kadang-kadang berlaku kemerosotan, misalnya kemerosotan pertumbuhan, aktiviti dan pergerakan.
decadencekemerosotanKesusasteraanTiadaSatu kemunduran atau kemerosotan setelah melampaui zaman kegemilangan.
seed deteriorationkemerosotan biji benihPertanianAgronomi

 Penurunan kualiti biji benih sama ada dari segi percambahan, ketulenan genetik atau ketulenan fizikal. Benih yang merosot tidak sesuai digunakan untuk penanaman. Kemerosotan juga terjadi apabila biji benih disimpan terlalu lama menyebabkan percambahan yang rendah. Faktor-faktor yang menyebabkan kemerosotan biji benih seperti serangga, suhu dan kelembapan yang tinggi di tempat penyimpanan.

organisational declinekemerosotan organisasiPengurusanPerancanganKeadaan yang berlaku apabila sesebuah organisasi mengalami kejatuhan prestasi dari segi keberkesanan keputusan untuk mencapai matlamat yang dirancang. Kemerosotan organisasi berlaku apabila tidak dapat mengenal pasti atau menjangkakan tekanan dalaman atau luaran terhadap organisasi tersebut. Justeru, organisasi tidak dapat mengawal atau menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut hingga menyebabkan organisasi tidak mampu bertahan atau tidak boleh diteruskan lagi. Contohnya, organisasi yang mengalami kemerosotan yang hampir membawa kepada pembubaran perniagaan syarikat pengeluar barangan pengguna yang telah terlepas pandang serangan pesaing melalui produk pengganti. Kejayaan prestasi dan potensi produknya di masa lepas telah menjadikan syarikat berkenaan alpa kepada tindakan balas pesaing.
declinekemerosotan; kemunduran; menurunPentadbiran PerniagaanTiada4. Menurun: Sekuriti yang didagangkan mengalami kemerosotan harga berbanding dengan harga sebelumnya.
recessionkemerosotanSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan ekonomi sesebuah negara yang sedang mengalami kemerosotan atau kegawatan. Dalam keadaan ini, pendapatan negara jatuh dengan ketara, tingkat eksport negara merosot, nilai wang jatuh, kadar kemiskinan dan stagflasi bertambah. Aktiviti perniagaan menjadi lemah apabila semakin banyak perniagaan terpaksa ditutup kesan daripada pulangan yang tidak memberangsangkan. Pertambahan bilangan peniaga yang bankrap menyebabkan kadar pengangguran dan pemberhentian pekerja meningkat. Keadaan ini memberi impak kepada perkembangan politik sesebuah negara. Contohnya, kemelesetan ekonomi Asia pada tahun 1997- 1998 telah mencetuskan krisis politik dalaman negara Indonesia dan Malaysia. Sinonim kemelesetan.
degradation to the environmentkemerosotan alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPenurunan kualiti alam sekitar disebabkan oleh aktiviti manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kemerosotan alam sekitar memberi kesan kepada sumber asli, contohnya air, tanah, udara serta menjejaskan ekosistem dan hidupan liar.
deteriorationkemerosotanKomunikasi MassaTiadaTiada
recessionkemerosotan; pemerosotanGeografiTiadaTiada
recessionkemerosotan; pemerosotanGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas