Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
1-2 heat exchangerpenukar haba 1?2KejuruteraanKejuruteraan KimiaPenukar haba jenis dua laluan dengan memperbaik konsep penukar haba 1-1 secara mengurangkan luas keratan kelompang. Ini dilakukan supaya halaju bendalir meningkat bagi kadar pemindahan haba yang lebih cekap. Bendalir di dalam kelompang hanya mengalir dalam satu laluan tetapi bendalir di dalam tiub pada mulanya mengalir selari dan kemudian menyongsang dengan arah laluan bendalir di dalam kelompang. Dengan ini, bendalir di dalam tiub mengalir dua kali melewati bendalir di dalam kelompang bagi memastikan masa yang cukup untuk menukarkan haba. Penukar haba ini lebih kompleks, mengalami kehilangan geseran yang tinggi, dan gagal menaikkan suhu bendalir di dalam tiub ke suhu menghampiri suhu bendalir di dalam kelompang.
wireless markup language (WML)bahasa penanda wayarles (WML)Teknologi MaklumatPerisianBahasa tandaan berasaskan XML yang digunakan bagi kesemua peranti yang mempunyai spesifikasi WAP. Kebanyakan bahasa ini digunakan dalam telefon bimbit dan PDA. Bahasa ini dipopularkan oleh Erricson pada 1998 dengan versi pertama WML1.1. Kemudian, diikuti dengan versi kedua WML1.2. Contoh WML adalah seperti yang berikut: 1.0"?> 1.1//EN" "http://www.forumwap.org/DTD/laman1.xml" >

Ini adalah sampel laman WML.

worsted yarnyarn worsted/benang worstedKesenianTiada1. Gentian sayat panjang yang disisir halus atau dipintal ketat.,2. Istilah yang merujuk kepada fabrik tenun atau fabrik kait yang dibuat daripada gentian sayat panjang dengan cara menyisir kasar beberapa kali kemudian menyisir kasar beberapa kali kemudian menyisir halus bagi mengasingkan gentian pendek. Kemudian gentian-gentian tersebut dipintal ketat untuk menghasilkan yarn yang tidak berbulu.
Bass-Watkin�s testujian Bass-WatkinPerubatanTiadaSejenis ujian Widal untuk mengesan kehadiran basilus tifoid secara pengaglutinan. Ujian ini dilakukan dengan meletakkan � titis darah pesakit di atas kepingan kaca, yang dicampurkan dengan 1 titis air dan kemudian dicampurkan dengan 1 titis ampaian pekat tifoid basilus yang telah mati. Ujian ini dilakukan dalam masa 5 minit.
hollow fibre reactorreaktor gentian beronggaBioteknologiTiadaBioreaktor yang memisahkan sel daripada medium dengan menggunakan membran separa telap yang tersusun dalam bentuk gentian (sekitar 100 gentian) berongga (untuk menambah luas permukaan) di dalam kulit setebal 1 cm. Kemudian medium disuap ke dalam tiub gentian pada suatu hujung reaktor dan substrat akan terserap keluar untuk menjalani fermentasi. Hasil yang diperoleh akan diserap semula ke dalam tiub dan dialirkan keluar dari hujung yang lain pada reaktor tersebut.
breathingpernafasan; bernafasKesenianTiada1. Pernafasan:Proses membawa udara masuk ke dalam peparu dan kemudian mengeluarkannya dari peparu.
breathingpernafasan; bernafasKimiaTiada1. Pernafasan:Proses membawa udara masuk ke dalam peparu dan kemudian mengeluarkannya dari peparu.
nephrocytenefrositBiologiFisiologi1. Sel-sel di dalam span dan serangga yang merembeskan bahan kumuh dan kemudian bergerak ke permukaan badan untuk membuangnya. 2. Sel-sel berwarna perang yang menyimpan dan membuang bahan kumuh, seperti dalam askidian
rintikrintikKesenianSeni Batik1. Proses membuat sarang rintik dengan memotong kepingan logam halus-halus dan kemudian dipateri. 2. Corak titik-titik pada tanah kain yang diperoleh dengan memukulkan sarang rintik.
prophaseprofasaBiologiTiada1. Tahap pertama proses mitosis, iaitu apabila kromosom mulai muncul sebagai bebenang halus dan panjang, kemudian memendek dan menebal. Kromosom ini di bahagian kepada dua kromatin yang saling berdampingan. Proses opembahagian ini berlaku, sama ada pada permulaan tahap profasa atau sebelum proses profasa bermula dengan nyata. 2. Tahap leptoten meiosis.
1234

Kembali ke atas