Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mu.ning] | کمونيڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok); ~ gajah = ~ badak = ~ limau sj tumbuhan (pokok), ketengah, Merrillia caloxylon; ~ jantan hutan sj tumbuhan (pokok), mata keli jantan, Canthium confertum; ~ lada sj tumbuhan (pokok), Murraya peniculata (exotica). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kemuning

Puisi
 

Kemuning kayu di rimba,
     Mari digenggam padam baranya;
Putih kuning tidur di riba,
     Bentangkan tikar banyak bahayanya.


Lihat selanjutnya...(7)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Keris Ulu KemuningKeris Ulu KemuningKerisTiadaKeris yang mempunyai hulu daripada kayu kemuning.
gadinggadingPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi pokok dan kayu spesies Hunteria zeylanica daripada famili Apocynaceae. Nama tempatan di Semenanjung termasuk kemuning dan kemuning hutan, tetapi hanya satu spesies yang menghasilkan kayu gading, iaitu Hunteria zeylanica. Gubal kayu dan teras kayu gading sukar dibezakan, dan biasanya berwarna coklat kehijauan. Teksturnya amat halus dan sekata dengan ira yang simpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 800 hingga 850 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Oleh sebab saiz balaknya kecil, kayu gading hanya digunakan untuk ukiran dan perhiasan kayu, tongkat, dan hulu perkakas.
mock orangekemuningPertanianTiadaTiada
Chinese myrtle (Murray paniculata/Murray exotica)kemuning (Murray paniculata/Murray exotica)PertanianTiadaTiada
periwinkletapak daraHerbaTiadaLihat kemuning cina.

Kembali ke atas