Islamic banking system | sistem perbankan Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perbankan yang selaras dengan sistem nilai dan hukum Islam. Semua urus niaga adalah berdasarkan syariah dan menggunakan kaedah fiqh. Sistem perbankan Islam di Malaysia pada awalnya kenali sebagai sistem perbankan tanpa faedah (SPTF). Sistem ini bermula dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad pada 1983. Pada 1993, bank konvensional juga dibenarkan menawarkan produk dan kewangan Islam melalui jendela Islam. Bermula pada 2005, bank konvensional dibenarkan menubuhkan subsidiari perbankan Islamnya sendiri. Terdapat tiga fungsi utama penubuhan perbankan Islam iaitu pertama, menerima simpanan daripada pelanggan seperti akaun semasa dan akaun simpanan yang berasaskan akad al-Wadi’ah Yad al-Damanah. Kedua, mengeluarkan kemudahan pembiayaan seperti pembiayaan pembelian rumah atau kereta yang menggunakan akad Bai’ Bithaman ‘Ajil. Ketiga, menyediakan perkhidmatan kewangan seperti pertukaran mata wang asing (al-Sarf), kiriman wang dan kemudahan pembayaran gaji. Perbankan Islam juga menawarkan pelbagai produk lai |
tamsil | tamsil | Kesusasteraan | Tiada | Misalan, umpama atau contoh. Dalam budaya Melayu atau contoh diberikan secara ibarat dan sindiran melalui ungkapan perumpamaan, bidalan, dan pepatah. Ungkapan ini disebut sebagai bahasa kiasan, iaitu bahasa yang memberi teladan dan pengajaran secara perbandingan melalui perlakuan, sifat, atau tabiat alam dan makhluk. Melalui ungkapan ini, pengajaran disampaikan secara tersirat dan memerlukan tafsiran, namun amat berkesan, tajam, dan bersifat intelektual. Contohnya, �diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat�, �kokok berderai-derai, tetapi ekor bergelumang tahi�. Contoh tamsilan yang lebih panjang ditemui dalam Syair Perahu adalah seperti yang berikut: Wahai muda, kenali dirimu Ialah perahu tamsil tubuhmu, Tiadalah berapa lama hidupmu, ke akhirat jua kekal diammu. Hasil muda arif budiman, Hasilkan kemudi dengan pedoman, Alat perahumu jua kerjakan, Itulah jalan membetuli insan, Muaranya dalam, ikan pun banyak, Disanalah perahu karam dan rosak, Karangnya tajam seperti tombak, Ke atas pasir kam |