Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.pé.ka.an] | کڤيکاءن

Definisi : perihal peka (mudah berasa, mu­dah atau cepat bergerak balas, menyedari, dan menghayati sesuatu): cara ini boleh mengurangkan ~ mata terhadap cahaya yg terlalu terang; ~ perancangan bahasa adalah penting supaya penilaian ini membawa erti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.pé.ka.an] | کڤيکاءن

Definisi : hal atau keadaan peka: Papila rambut dibekali gentian-gentian saraf yg memberikan ~ kpd rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peka
1. Bersinonim dengan sensitif
( perasa, berderia, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan bergerak balas
( bertindak balas, bereaksi, responsif, mudah terangsang, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : memeka, kepekaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dye sensitizationkepekaan pewarna; kepekaan pencelupKomunikasi MassaTiadaTiada
dye sensitizationkepekaan pewarna; kepekaan pencelupKomunikasiTiadaTiada
compensation factorfaktor pampasKejuruteraanTiadaNisbah antara kepekaan tak diingini dengan kepekaan sinar gama dalam kebuk pengionan terpampas.
senstivity of meterkepekaanTeknikElektrikKetepatan pembacaan sesebuah meter terhadap kuantiti voltan, arus, rintangan atau kuantiti lain, berdasarkan kesan bebanan terhadap meter tersebut. Meter yang mempunyai kepekaan tinggi mempunyai kesan bebanan yang kecil dan memberikan bacaan yang tepat berbanding dengan meter yang mempunyai kepekaan kecil.
thermal sensitivitykepekaan termaPerubatanTiadaKepekaan gigi pada perubahan terma apabila terdapat pendedahan akar, dentin atau lapisan Tomes.
sensitivitykepekaanTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKepekaan radiograf yang terhasil untuk mengesan ketakselanjaran atau ketaksempurnaan spesimen yang diuji.
sensitivity analysisanalisis kepekaanSosiologiTiada1. Kaedah mengukur tingkat kepekaan penduduk terhadap sesuatu isu, perubahan atau cadangan pembangunan.
sensitivity analysisanalisis kepekaanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaKaedah mengukur tingkat kepekaan penduduk terhadap sesuatu isu, perubahan atau cadangan pembangunan.
sensitivitykepekaanKimiaKimia AnalisisAmaun bahan atau unsur dalam larutan yang menghasilkan ukuran tertentu. Contohnya dalam spektroskopi serapan atom, kepekaan larutan akueus merupakan kepekatan unsur dalam bahagian per juta atau (μgml-1 atau mgl-1) dalam larutan akueus yang memberikan nilai serapan 0.00436 atau setara dengan 1% serapan.
asset sensitivitykepekaan asetEkonomiEkonomi IslamPerbezaan kematangan dan tempoh aset berbanding kematangan dan tempoh liabiliti. Institusi kewangan Islam mempunyai kepekaan aset yang sensitif apabila wujud keadaan, sama ada perbezaan kematangan yang positif atau perbezaan tempoh negatif. Perbezaan kematangan positif berlaku apabila kematangan sesuatu aset melebihi kematangan sesuatu liabiliti. Perbezaan tempoh negatif pula berlaku apabila purata tempoh aset melebihi purata tempoh liabiliti. Perbezaan tersebut akan menyebabkan institusi kewangan Islam menghadapi masalah ketidakpadanan pengurusan aset dan liabilitinya. Oleh itu, institusi kewangan berkenaan akan menghadapi masalah kecairan.
12345678910...

Kembali ke atas