Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ren.ca.tan] | کرنچتن

Definisi : perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb), kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
rencat
Kata Terbitan : merencatkan, terencat, kerencatan, perencatan, perencat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mental retardationkerencatan mentalPsikologiPsikologi UmumTahap kemampuan mental individu yang berada di bawah paras normal. Individu yang mengalami kerencatan mental biasanya mempunyai darjah kecerdasan yang kurang daripada 70. Walau bagaimanapun, individu ini masih boleh melakukan tugasan biasa seperti makan, memakai pakaian, berkomunikasi, berbelanja dan bekerja. Individu ini boleh merasakan penolakan, pemencilan, sindiran atau cercaan. Sekiranya individu tersebut diberi peluang dan sokongan semasa peringkat kanak-kanak, biasanya mereka akan mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat dengan baik.
retardationkerencatan tempoKesenianDrama dan TeaterTeknik kelajuan gerak yang sengaja dilakukan untuk menimbulkan kesan tertentu kepada penonton. Perjalanan gerak boleh diperlahankan bagi menimbulkan kesan kebosanan dan penyeksaan atau dipercepat untuk mengelirukan penonton. Contohnya, kerencatan tempo yang diperlahankan dapat dilihat dalam drama Waiting For Godotkarya Samuel Beckett.
phenylketonurea (PKU))fenilketonurea (PKU)PsikologiPsikologi UmumSejenis penyakit genetik atau keturunan yang boleh mengakibatkan pesakitnya mengalami kerencatan mental. Kanak-kanak yang menghidap PKU biasanya tidak mempunyai enzim yang boleh memusnahkan asid fenilpiruvik, iaitu sejenis bahan kimia yang berbahaya pada badan. Apabila bahan kimia ini berkumpul dalam badan, kanak-kanak boleh mengalami kerencatan mental semasa berumur tiga tahun. Penyakit ini boleh dirawat sekiranya dikesan lebih awal atau mengamalkan pengambilan fenilanina dengan nasihat pakar perubatan.
retardancekerencatanKejuruteraanTiadaTiada
idiocyidiosiPerubatanTiadaKerencatan akal yang teruk dan khusus, yang biasanya merujuk kepada individu yang mempunyai darjah kecerdasan kurang daripada 25.
bacteriostasisbakteriostasisPerubatanTiadaKerencatan pertumbuhan bakteria tanpa pemusnahannya secara langsung
chondrodystrophykondrodistrofiBiologiGenetikPenyakit genetik yang mengakibatkan kerencatan perkembangan tulang panjang.
lead poisoningkeracunan plumbumKejuruteraanTiadaKeracunan yang boleh menyebabkan kerencatan akal, rabun, penyakit buah pinggang kronik, keletihan dan anaemia, dan sebagainya kerana tumpukan plumbum dalam tulang dan tisu.
pituitary dwarfkerdil pituitariPerubatanTiadaKekerdilan individu yang di akibatkan kerencatan pertumbuhan rangka disebabkan gangguan hormon pituitari.
achondroplasiaakondroplasiaBiologiGenetikPenyakit pewaris manusia yang mengakibatkan kekerdilan kerana kerencatan pertumbuhan tulang panjang. penyakit ini diwarisi melalui gen autosom resesif pada manusia.
123

Kembali ke atas