Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kerjasama (kata nama)
Bersinonim dengan sokongan, bantuan tenaga, persefahaman, gotong-royong;,
Kata Terbitan : bekerjasama,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
team statementspernyataan kumpulanPendidikanTiadaKegiatan pembelajaran murid di dalam bilik darjah yang dilaksanakan secara individu, berpasangan dan berkumpulan. Pernyataan individu dibentuk melalui perbincangan secara berpasangan dan kemudian membentuk pernyataan pasukan berdasarkan kerjasama daripada semua murid.
tie-in advertisingpengiklanan kerjasamaKomunikasiKorporatSatu bentuk kerjasama antara sebuah syarikat peruncitan barangan atau perkhidmatan dengan sebuah syarikat peruncitan yang lain untuk tujuan pengiklanan. Hasil usaha sama ini disiarkan atau diterbitkan melalui media elektronik atau media cetak. Bentuk kerjasama ini bertujuan untuk mengurangkan kos penerbitan dan penyiaran iklan. Mesej pengiklanan biasanya lebih menjurus kepada promosi barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan oleh syarikat peruncitan kepada pelanggan tetap atau pelanggan berkala. Pengiklanan kerjasama sering dilakukan oleh syarikat bermodal kecil atau sederhana dan bukan bertujuan untuk bersaing. Gabungan usaha ini membolehkan berlakunya proses promosi dan publisiti pada skala yang lebih besar, terutama apabila melibatkan kerjasama lebih daripada dua syarikat. Jenis kerjasama ini dikenali juga sebagai perkongsian pengiklanan bestari.
triadic networkjaringan tiga serangkaiSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan kerjasama yang melibatkan tiga negara dan memiliki hak serta peranan yang sama dalam aspek tertentu seperti ketenteraan, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Kerjasama ini dibuat sebagai usaha untuk memupuk hubungan baik menjaga kepentingan bersama dan mendapatkan faedah atau keuntungan daripada hubungan tersebut. Contohnya, kerjasama MAPHILINDO antara Malaysia, Filipina dan Indonesia pada tahun 1960-an, SIJORI iaitu kerjasama antara Singapura, Johor dan Riau serta kerjasama BIMP-EAGA antara Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Sinonim rangkaian tiga serangkai.
collusionpakatanSains PolitikPolitik PerbandinganKerjasama yang terbentuk di kalangan organisasi, parti atau negara yang bersaing untuk mencapai satu matlamat yang sama. Kerjasama yang terbentuk ini biasanya tidak menjejaskan identiti anggota masing-masing. Dalam konteks kehidupan bermasyarakat, fenomena pakatan wujud sama ada pada tahap individu, organisasi atau negara. Pakatan antara anggota ini boleh wujud dalam dua bentuk yang terdiri daripada bentuk pertama yang dikenali sebagai pakatan kontrak iaitu kerjasama yang terbentuk semata-mata untuk mencapai keuntungan tertentu antara dua atau lebih pihak. Apabila keuntungan sudah dicapai maka pakatan akan berakhir. Pakatan yang kedua ialah pakatan moral yang terbentuk ekoran daripada ideologi yang dikongsi bersama. Pakatan ini lebih bersifat murni kerana jalinan hubungan masih tetap wujud walaupun kerjasama itu telah berakhir. Contoh pakatan ialah Pihak Berikat dalam Perang Dunia Kedua yang dianggotai oleh Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis.
consociational democracydemokrasi permuafakatanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang kerjasama atau perkongsian kuasa politiknya terbentuk kesan daripada struktur masyarakat yang berbeza dari sudut etnik, agama, bahasa dan budaya. Dalam masyarakat yang majmuk ini, amalan demokrasi yang liberal sukar untuk dipraktikkan. Bagi mengelakkan sebarang konflik, kerjasama di kalangan elit politik atau disebut juga sebagai elit kartel diwujudkan untuk mewakili kepentingan kelompok masing-masing. Melalui cara ini, persefahaman dapat dicapai berhubung dengan pembahagian kuasa dalam kerajaan, amalan budaya, pengagihan kekayaan ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya. Idea demokrasi permuafakatan dikemukakan oleh sarjana politik Belanda iailu Arend Lijphart sewaktu Persidangan IImu Politik Antarabangsa di Brussel, Belgium pada tahun 1967. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini.
Helsinki ProcessProses HelsinkiSains PolitikHubungan AntarabangsaPersetujuan diplomatik yang ditandatangani di Helsinki pada tahun 1975. Persetujuan ini terhasil daripada rumusan Persidangan Keselamatan dan Kerjasama Eropah yang merupakan titik tolak kepada detente antara Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persidangan ini bermula pada tahun 1972, iaitu atas inisiatif Kesatuan Soviet dan berakhir pada tahun 1975. Perjanjian ini dikenali juga sebagai Akta Akhir Helsinki yang dibahagikan kepada empat bakul. Bakul pertama, meliputi persoalan keselamatan di Eropah dan Mediterranean. Bakul kedua, merujuk kepada persetujuan mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi, sains, teknologi dan alam sekitar. Bakul ketiga pula berkaitan dengan hal kemanusiaan, hak asasi manusia, kebudayaan, pendidikan, dan kebebasan rakyat untuk menyebarkan idea dan maklumat di Eropah. Bakul keempat pula membuka ruang kepada penyemakan persidangan bagi pemantauan kemajuan yang dicapai dalam bidang yang tersebut serta kelangsungan kerjasama pelbagai hala.
Organisation of Islamic Cooperation (OIC)Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1969 menerusi Piagam Pertubuhan Persidangan Islam sebagai tindak balas dunia Islam terhadap serangan Zionis yang membakar Masjid al-Aqsa. Antara objektif OIC adalah untuk memupuk perpaduan Islam antara negara anggota, memperkukuh kerjasama negara anggota dalam bidang seperti ekonomi, kebudayaan sosial dan saintifik, menyelaraskan usaha bagi melindungi tempat-tempat suci Islam serta menyokong perjuangan bangsa Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis.
synergysinergiPengurusanPerancanganKeadaan apabila prestasi yang melebihi daripada jangkaan dan mampu dihasilkan oleh organisasi dengan menyatukan individu atau sumber serta menggembleng keupayaan secara kerjasama. Lazimnya, sinergi boleh ditunjukkan dalam bentuk analogi �kesan 2+2=5�, iaitu hasil yang diperoleh melebihi daripada yang sepatutnya. Matlamat utama pencapaian sinergi dalam organisasi adalah untuk penggunaan tenaga kerja dan sumber lain secara cekap dan optimum.
acknowledgement pagehalaman penghargaan-TiadaHalaman khusus pada bahagian awalan buku yang merakamkan penghargaan daripada pengarang atau penerbit kepada pihak-pihak lain yang memberikan kerjasama dalam proses penerbitan sesebuah buku.
political supportsokongan politikPentadbiranPentadbiran Awam

Bantuan yang diberi dari sudut politik seperti kerjasama badan pemerintah, kelulusan permohonan dari pihak berkuasa, pemberian undi daripada orang ramai, pernyataan sokongan daripada menteri atau pihak berkuasa tempatan mahupun sokongan material kepada individu atau organisasi dalam sesuatu persaingan. Sokongan politik merupakan satu elemen penting bagi individu atau organisasi untuk berjaya. Sebagai contoh, dasar luar Malaysia yang menentang keras keganasan Israel di Timur Tengah mendapat sokongan politik daripada pelbagai pihak di Malaysia.

123

Kembali ke atas