Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.da.ran] | کسدرن

Definisi : perihal (keadaan dll) sedar (akan sesuatu), keinsafan, ingatan: usaha ini di­lakukan atas ~ bahawa manuskrip itu mem­punyai nilai yg amat tinggi; ~ ingin belajar juga telah timbul; sentimen yg demikian memperlihatkan tiadanya ~ nasional dlm dada Abdullah sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.se.da.ran] | کسدرن

Definisi : perihal atau rasa sedar; keinsafan: ~ politik hal sedar akan keadaan politik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedar (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa,
Berantonim dengan jahil

2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek,
Berantonim dengan tidur

3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung,
Berantonim dengan jahil

Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
machine consciousnesskesedaran mesinTeknologi MaklumatTiadaPercubaan oleh individu yang mereka cipta dan menganalisis mesin bermaklumat untuk menerapkan kaedah melalui pelbagai cara bagi memahami kesedaran dan memeriksa peranan kesedaran dalam mesin bermaklumat.
consciencehati nuraniSejarahTiadaKesedaran dalam diri atau kesedaran batin tentang salah atau betul sesuatu perkara.
class consciousnesskesedaran kelasSains PolitikPolitik PerbandinganPerasaan sepunya yang wujud dalam kelompok kelas masyarakat yang membentuk identiti yang khusus. Kesedaran ini timbul apabila kelompok tertentu merasai dan mengongsi pengalaman yang sama seperti ditindas, kemiskinan dan serba kekurangan berbanding dengan kelompok lain. Melalui kesedaran ini, golongan tersebut boleh membentuk kesepaduan dan berjuang membela kepentingan untuk memperbaik taraf hidup serta hubungan sosial mereka. Sesuatu kelas akan menjadi lebih bermakna dalam sistem itu, hanya apabila mereka mempunyai kesedaran ini. Golongan pekerja bawahan yang sentiasa mendesak pihak majikan atau kerajaan supaya memperbaik taraf kehidupan mereka dilihat sebagai satu kelompok yang mempunyai kesedaran kelas. Konsep ini diutarakan oleh Karl Marx dalam kajian beliau berhubung dengan fenomena kelas dalam sistem kapitalis.
brand consciousnesskesedaran jenamaKomunikasiKorporatPeringkat pengetahuan dan keprihatinan pengguna terhadap jenama sesuatu barangan. Peringkat kesedaran ini merupakan paras pengetahuan dan kepekaan seseorang terhadap sesuatu jenama yang membolehkan mereka mengaitkan dirinya dengan status jenama tersebut. Peringkat inilah yang hendak dicapai oleh kempen pengiklanan. Tahap tersebut biasanya dicapai dalam tempoh masa yang panjang. Konteks kesedaran ini boleh dilihat dari segi kaitan mutu dan pakej jenama dengan status pengguna. Pembentukan kesedaran perlu melalui proses pembangunan jenama.
political consciousnesskesedaran politikSejarahTiadaKesedaran tentang perlunya kuasa pemerintahan yang akan menentukan pengaruh sesuatu kumpulan atau orang dalam sesebuah negara.
speech awarenesskesedaran pertuturanSains KesihatanTiadaKesedaran memahami bunyi bahasa dan pertuturan.
meditationmeditasiPsikologiPsikologi UmumSenaman mental yang digunakan untuk meningkatkan kesedaran individu. Meditasi diperoleh melalui satu siri latihan tumpuan yang boleh meningkatkan kesedaran dan mengawal proses mental supaya pengaliran fikiran tidak mudah terganggu. Semasa proses meditasi, rakaman elektroensefalogram (EEG) menunjukkan wujudnya pola gelombang yang unik tentang kesedaran. Terdapat dua jenis meditasi, iaitu meditasi tumpuan dan meditasi reseptif. Individu yang mengamalkan meditasi tumpuan akan memfokus kepada satu titik seperti objek, pemikiran atau pernafasan. Sebaliknya individu yang mengamal meditasi reseptif meluaskan lapangan pandangan melebihi satu titik dengan melebarkan mindanya ke alam yang lebih luas. Meditasi tumpuan didapati lebih berpengaruh dan biasanya diiringi dengan mantera yang disebut berulang kali secara beritma dan lancar. Meditasi berkesan dalam merendahkan kadar degupan jantung, tekanan darah dan meredakan ketegangan otot.
anagnorisisanagnorisisKesusasteraanTiadaKesedaran seseorang watak, biasanya protagonis, mengenai sesuatu yang boleh menyebabkan perubahan kepada aksi, situasi, atau nasib watak tersebut. Contohnya, dalam drama bertajuk Oedipus Rex karya Sophocles, kesedaran berlaku apabila Oedipus mengetahui dia telah membunuh ayahnya sendiri, Laitus. Anagnorisis berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �kesedaran�.
disability awareness traininglatihan kesedaran ketidakupayaanUmumTiadaLatihan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai kategori OKU dan kaedah menyantuni mereka.
phenomenologyfenomenologiKesusasteraanTiadaPerspektif dan metodologi untuk menyelidik sesuatu fenomena. Fenomena berkaitan dengan sesuatu perkara yang disedari oleh kesedaran manusia secara terus tanpa anggapan a priori atau anggapan yang dibuat sebelumnya. Metodologi ini menekankan peranan kesedaran seseorang pengamat sebagi paksi. Fenomenologi merupakan gerakan falsafah awal pada abad ke-20 yang diasaskan oleh ahli falsafah jerman, Edmund Husserl (1959-1939). Menurut Husserl, objek penyiasatan falsafah yang sebenar bukanlah sekadar sesuatu yang dapat dikesan oleh deria, tetapi lebih merupakan isi kandungan kesedaran a priori seseorang tentang sesuatu. Dengan menyiasat keadaan dan proses mental dan intelektual secara terperinci, Husserl yakin bahawa sifat asas atau kesedaran seseorang atau sesuatu fenomena dapat didedahkan. Implikasinya adalah terhadap kesedaran seseorang pengamat yang merupakan punca dan pusat kepada makna dan ilmu. Dalam kritikan penghayatan karya dan penelitian sifat asas dan inti patinya. Oleh itu, kritikan sastera fenomenologi m
12345678910...

Kembali ke atas