human epigenomics | epigenomik manusia | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kajian untuk mengenal pasti, mengkatalog dan mentafsir corak metilasi DNA sekitar genom dalam kesemua gen di dalam kesemua tisu manusia. |
binary search tree | pepohon gelintar perduaan | Teknologi Maklumat | Perisian | Pepohon yang setiap subpohonnya mempunyai ciri, iaitu kesemua turunan di sebelah kiri adalah kecil berbanding nilai yang disimpan pada akar pepohon dan kesemua turunan di sebelah kanan adalah besar daripada nilai akar pepohon. Contohnya, pada rajah pepohon di bawah, nilai akar pepohon ialah 8 dan kesemua nilai turunan di sebelah kiri adalah kurang daripada 8. Nilai turunan di sebelah kanan pula melebihi daripada 8. Rajah pepohon gelintar perduaan ditunjukkan seperti di bawah: Rajah 5: Pepohon gelintar perduaan |
all-interval row | deret kesemua jeda | Muzik | Tiada | Himpunan not dalam satu deret yang merangkumi semua not kromat. Himpunan ini juga dikenali sebagai set kesemua jeda. Susunan antara not bersebelahan dalam deret tersebut akan mewujudkan kesemua 11 jeda daripada minor ke-2 sehingga major ke-7. |
first Kirchoff law | hukum pertama Kirchoff | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Hukum Kirchoff yang menyatakan jumlah nilai seketika bagi kesemua arus yang mengalir menghala ke satu titik adalah sama dengan jumlah nilai seketika bagi kesemua arus yang mengalir keluar daripada titik tersebut pada bila-bila ketika. |
sample space | ruang sampel | Matematik | Tiada | Set yang mengandungi kesemua kemungkinan kesudahan daripada uji kaji rawak. Setiap kesudahan dalam sesuatu ruang sampel dinamakan unsur atau ahli ruang sampel tersebut atau ringkasnya titik sampel. Misalnya, dalam uji kaji melambung duit syiling sekali, kepala `K’ dan ekor `E’ merupakan kesemua kemungkinan kesudahan uji kaji tersebut, Set S = {K, E} merupakan ruang sampel bagi uji kaji melambung duit syiling itu. |
all-interval set | set kesemua jeda | Muzik | Tiada | Lihat deret kesemua jeda. |
risk management planning | perancangan pengurusan risiko | Teknologi Maklumat | Perisian | Perancangan yang melibatkan aktiviti yang boleh mengurangkan risiko kepincangan perisian yang ingin dibangunkan. Contoh aktiviti ini ialah pemprototaipan, simulasi dan model sistem. Kesemua rancangan pengurusan juga perlu diintegrasikan dengan kesemua bahagian yang boleh diguna semula pada penskedulan aktiviti pembangunan sistem. |
ideal gas potential | keupayaan gas unggul | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Model yang mengandaikan isi padu dan daya antara molekul sesuatu gas adalah sifar. Oleh itu, fungsi keupayaan termodinamik gas unggul adalah sifar bagi kesemua jarak antara molekul. Dengan ini, kesemua pekali virial bagi gas unggul adalah sifar dan persamaan virial ialah persamaan unggul. |
all-combinatoriality | kesemua kombinatorialiti | Muzik | Tiada | Pembentukan agregat baru yang terhasil melalui proses percantuman heksakord daripada deret dasar dengan cara, (i) sekurang-kurangnya satu daripada heksakord deret dasar yang ditransposisikan, (ii) sekurang-kurangnya satu daripada heksakord deret balikan yang ditransposisikan, dan (iii) sekurang-kurangnya satu daripada heksakord deret mundur balikan yang ditransposisikan.
|
sibship | kesiban | Biologi | Genetik | Kesemua anak dalam keluarga. |