Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ti.da/.sta.bi.lan] | کتيدقستابيلن

Definisi : perihal atau keadaan tidak stabil: salah satu punca utama masalah ekonomi yg dihadapi oleh negara adalah akibat ~ sistem ekonomi dunia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketidakstabilan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chuggingcetusanKejuruteraanTiadaKetidakstabilan berayun dalam reaktor penyederhana air disebabkan oleh pembentukan buih wap dalam terasnya.
indeterminacyketidaktetapanKesusasteraanTiadaKetidakstabilan makna dalam teks sastera. Hal ini berlainan dengan pegangan tradisi lama yang begitu yakin bahawa makna wujud dalam teks dan dijana oleh konteks. Menurut persepsi baharu ini, konteks dianggap sebagai keadaan yang mencipta tekstualiti dan sesuatu yang telah dibuktikan tidak stabil. Oleh itu, konteks tidak boleh digunakan sebagai petunjuk makna yang mutlak dalam sesebuah teks. Istilah ketidaktetapan muncul daripada kritikan pascastruktural.
flail chestdada flailPerubatanTiadaKetidakstabilan dinding dada akibat fraktur pada tulang-tulang rusuk.
coherent collapseruntuh koherenKejuruteraanTiadaKetidakstabilan sifat kekoherenan cahaya akibat pantulan dan serapan alur laser pada permukaan atau bahantara yang tidak seragam.
filial crisiskrisis filialGerontologiTiadaKetidakstabilan atau ketidaktenteraman emosi anak dewasa kerana tidak dapat menerima perubahan yang berlaku pada ibu bapa yang sudah tua, dan tanggungjawabnya untuk menguruskan mereka.
interchange instabilityketakstabilan saling tukarKejuruteraanTiadaKetidakstabilan jenis magnetodinamik yang menyebabkan plasma terkeluar apabila medan magnet tidak sesuai.
fluid type instabilityketakstabilan jenis bendalirKejuruteraanTiadaKetidakstabilan yang terdapat daripada persamaan makroskopik plasma.
flute-type instabilityketakstabilan saling tukarKejuruteraanTiadaKetidakstabilan jenis magnetodinamik yang menyebabkan plasma terkeluar apabila medan magnet tidak sesuai.
economic terrorismkeganasan ekonomiKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan menyebabkan ketidakstabilan atau kerugian ekonomi kepada sesebuah negara atau organisasi, yang dilakukan oleh individu atau kumpulan secara terancang. Perbuatan ini boleh dilakukan di sempadan sesebuah negara atau merentas sempadan negara tersebut.
spontaneous fissionpembelahan spontanFizikAtom dan NuklearPembelahan nukleus yang berlaku kerana ketidakstabilan isotop dan bukan kerana zarah atau foton luar memasuki nukleus tersebut. Contoh seperti yang berlaku kepada isotop uranium-238 yang mempunyai masa separuh hayat 1016 tahun.
123

Kembali ke atas