irregularity of rainfall | ketidaktentuan hujan | Geografi | Tiada | Hujan yang berlaku secara tidak tentu mengikut masa dan ruang. |
risk | risiko | insurans | Tiada | Ketidaktentuan sesuatu kejadian akan berlaku apabila dua atau lebih kemungkinan wujud. Seseorang atau benda yang dinsuranskan. Risiko berbeza dengan bahaya dan peril. |
anxiety | resah | Kejururawatan | Tiada | Perasaan ketidaktentuan dan ketakutan tanpa sebab, yang dicirikan oleh perubahan fisiologi seperti takikardia, berpeluh dan tremor. |
purchasing power risk | risiko kuasa beli | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Variabiliti pulangan yang berpunca daripada ketidaktentuan dalam kuasa beli kerana kesan inflasi. |
fitting factors | faktor sambungan | Aeroangkasa | Tiada | Faktor tambahan keselamatan yang digunakan pada sambungan mekanikal untuk mengambil kira ketidaktentuan. |
forward market hedge | lindungan nilai pasaran hadapan | Pentadbiran | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk mengehadkan kerugian kewangan akibat daripada ketidaktentuan kadar pertukaran. |
fuzzy logic | logik kabur | Pendidikan | Tiada | Sistem logik dalam kecerdasan buatan yang direka bentuk sejajar dengan proses membuat keputusan oleh manusia dengan mengambil kira ketidaktentuan dan subjektif. |
fantastic | fantastik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau sifat fiksyen yang mencampuradukkan dunia nyata dengan dunia khayalan. Pembaca, pencerita, dan protagonis berasa tercabar untuk membezakan sempadan antara kedua-duanya. Todorov yang menulis buku bertajuk The Fantastic (1973) berpendapat bahawa naratif fantastik melibatkan pembaca yang berada dalam ketidaktentuan, sama ada mereka memilih penerangan ghaib seperti dalam cerita Marvellous atau penerangan psikologikal seperti dalam cerita Uncanny. Kesusasteraan fantastik berkembang maju pada abad ke-19, khususnya melalui cerita-cerita hantu karya Henry James dalam The Turn of the Screw (1898). |