Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.tok.si.kan]/[ke.tok.si/.kan] | کتوکسيکن

Definisi : keadaan atau tahap (darjah) ber­acun: logam strontium dan lantanum mem­punyai kelarutan dan ~ yg rendah; komponen virus dlm vaksin influenza mempunyai ~ yg menyebabkan rasa sakit di tapak suntikan dan demam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.tok.si.kan]/[ke.tok.si/.kan] | کتوکسيکن

Definisi : keadaan toksik atau beracun: Bahan itu mempunyai ~ yg rendah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ketoksikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
toxicityketoksikanPerikananTiadaKeracunan yang disebabkan oleh kemasukan atau penyerapan berlebihan bahan toksik. Ketoksikan boleh berbentuk akut atau kronik. Ketoksikan akut berlaku apabila terdedah kepada kepekatan racun yang tinggi dan boleh menyebabkan kematian dalam tempoh masa kurang daripada 96 jam. Ketoksikan kronik pula berlaku akibat pendedahan berpanjangan kepada kepekatan racun yang rendah dan boleh menyebabkan maut dalam jangka masa panjang. Contohnya, fenomena kembangan merah yang disebabkan oleh alga yang mengandungi racun. Apabila racun ini dimakan oleh hidupan laut seperti siput, kerang-kerangan atau ikan, ia boleh dipindahkan kepada manusia dan menyebabkan kematian.
acute toxicityketoksikan akutPerubatanTiadaKetoksikan yang cepat bertindak
toxicityketoksikanKimiaForensik1. Darjah sesuatu ballan itu menjadi beracun. Sukatan ketoksikan secara kuantitatif diperoleh dengan mengenakan pelbagai dos bahan yang hendak diuji ke atas haiwan makmal, misalnya tikus. Dos yang menyebabkan kematian 50% daripada bilangan besar haiwan ujian pada keadaan terkawal dikenali sebagai LD50 (dos parah-50%), dan biasanya dilaporkan dalam mg bahan per kg berat badan. Nilai LD50 yang rendah untuk beberapa spesies boleh dianggap sebagai agak toksik terhadap manusia. 2. Keadaan akibat pendedahan kepada racun atau kepada jumlah beracun sesuatu bahan yang tidak menyebabkan kesan sampingan dalam jumlah yang lebih rendah.
toxicityketoksikanKimiaTiadaKeupayaan ssuatu bahan untuk menyebabkan kerosakan pada tisu, kerosakan sistem saraf pusat, sakit teruk ataupun maut. Jumlah bahan yang dapat menyebabkan ketoksikan bergantung pada keadaan semula jadi bahan dan tempoh pendedahan.
toxic manifestationmanifestasi toksikVeterinarTiadaTanda-tanda ketoksikan yang dapat dikesan pada ternakan sama ada dari aspek luaran atau dalaman. Antara tanda luaran yang dapat dilihat ialah pertumbuhan ternakan terjejas, kurang selera makan, kurus, mengasingkan diri, lemah, anemia, jaundis, diarea, berjalan terhoyong-hayang, separa buta, hilang koordinasi, muntah, kencing berdarah, pengeluaran air liur berlebihan, rebah, koma dan boleh menyebabkan kematian. Manakala tanda ketoksikan dalaman pula dapat dilihat selepas ternakan dibedah siasat. Antara tandanya ialah nekrosis pada hepar dan ginjal, jaundis, permukaan dalaman saluran pencernaan dan pernafasan kelihatan abnormal atau berdarah dan pengumpulan lemak secara berlebihan pada organ tertentu. Walau bagaimanapun, jika sesuatu keracunan berlaku pada ternakan, tidak semua tanda ini dapat dilihat kerana sesetengahnya khusus untuk keracunan tertentu sahaja. Lihat juga mineral toksik.
toxicityketoksikanPerubatanTiadaTiada
toxicityketoksikanPertanianTiadaTiada
toxicityketoksikanPerhutananTiadaTiada
toxicityketoksikanPerubatanTiadaTiada
toxicityketoksikanKimiaTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas