Mitragyna speciosa | ketum | Herba | Botani dan Bioteknologi | Tumbuhan jenis pokok dalam famili Rubiaceae dan dikenali juga sebagai sebiak dan biak-biak. Tumbuhan ini mudah ditemui di kawasan tepi sungai, hutan sekunder, batu kapur dan ditanam. Daunnya berbentuk ovat, uratnya jelas dan mempunyai daun pengasuh (stipul) pada daun muda. Bawah daun muda berwarna keungu-unguan. Jambak bunganya jenis umbel dan bunganya berwarna putih. Air rebusan daunnya diminum sebagai tonik untuk memberikan tenaga, menghilangkan sakit sendi dan urat, dan mengembalikan tenaga ibu selepas bersalin. Daun yang kering dihisap seperti rokok. Penggunaan yang berlebihan boleh menyebabkan khayal dan ketagihan. |
poisonous plant | tumbuhan beracun | Herba | Fitokimia | Tumbuhan yang mengandungi sebatian yang diklasifikasikan sebagai racun. Contohnya, pokok ketum (Mitragyna speciosa) yang mengandungi sebatian alkaloid indola mitragainina. Walaupun sebatian ini mempunyai kesan farmakologi yang bernilai seperti analgesik yang boleh digunakan sebagai penahan sakit, sebatian ini juga boleh menyebabkan ketagihan yang teruk. |
euphoriant | agen euforia | Herba | Pemiawaian | Agen yang menyebabkan keriangan yang berlebihan. Contohnya, mitraginin dalam ekstrak daun ketum (Mitragyna speciosa) boleh menyebabkan euforia sekiranya diambil secara berlebihan. |
stimulant | perangsang | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang boleh meningkatkan tenaga dan rasa segar. Contohnya, ekstrak daun ketum (Mitragyna speciosa). |
analgesic | analgesik | Herba | Tiada | Herba yang digunakan untuk melegakan kesakitan tanpa mengakibatkan hilangnya kesedaran. Contoh herba ini ialah daun ketum, bunga popi dan daun misai kucing. |
analgesic | analgesik | Herba | Pemiawaian | Ekstrak herba yang berfungsi sebagai drug dan boleh meredakan kesakitan fizikal. Contohnya, mitraginin daripada daun ketum (Mitragyna speciosa). |
qualitative analysis | analisis kualitatif | Herba | Pemiawaian | Kaedah analisis kimia yang berkaitan dengan pengenalpastian kelas sebatian tertentu dalam herba. Contohnya, penentuan alkaloid dalam daun ketum (Mitragyna speciosa) menggunakan reagen Meyer atau Dragendorff. |
narcotic | narkotik | Herba | Tiada | Herba yang menenangkan rasa sakit yang sukar diubati atau mengaruh anestesia. Herba ini harus digunakan dengan berhati-hati. Contoh herba ini ialah candu, ganja, ketum dan guarana. |
scheduled poison | racun berjadual | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan atau kandungan herba yang disenaraikan dalam Senarai Racun. Contoh bahan atau kandungan herba yang mengandungi racun berjadual ialah opium (Papaver somniferum) yang mengandungi papaverina, dan pokok ketum (Mitragyna speciosa) yang mengandungi mitraginina. Pemegang yang mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa sahaja dibenarkan mendaftar produk yang mengandungi racun berjadual seperti yang ditakrifkan dalam Akta Dadah Berbahaya 1952. Pembuangan produk yang mengandungi racun berjadual perlu dimaklumkan kepada Pegawai Penguatkuasaan Farmasi Negeri. |
alkaloid | alkaloid | Herba | Pemiawaian | Sebatian bes organik bernitrogen yang mengandungi sekurangkurangnya satu atom nitrogen dalam gelang heterosiklik, mempunyai rasa pahit dan aktif secara fisiologi. Alkaloid boleh berbentuk cecair, tetapi kebanyakannya berbentuk pepejal, larut dalam alkohol, tidak larut dalam air dan boleh didapati terutamanya dalam tumbuhan. Tumbuhan dalam famili Apocynaceae, Rubiaceae, Solanaceae dan Papaveracea kaya dengan kandungan alkaloid. Contohnya, mitraginin daripada ekstrak daun ketum (Mitragyna speciosa) boleh bertindak sebagai ubat analgesik dan antiradang. |