Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wa.ngan] | کواڠن

Definisi : perihal wang (keadaan atau urusan wang), segala sesuatu yg berkaitan dgn wang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wa.ngan] | کواڠن

Definisi : hal-hal yg berkaitan dgn wang: Ia sentiasa menghadapi masalah ~. Kementerian ~ Kementerian yg mengurus wang negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kewangan

Peribahasa

476

When poverty comes in at the door, love flies out of the window

Apabila timbul masalah kewangan, perasaan kasih pada seseorang itu mulai lenyap.

Ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang.

She told me that nothing would come between me and her. But, we wereoff then. When my money ran dry, the sweet smile which used to greet me when I came back from work now turned sour. Who said that when poverty comes in at the door, love flies out of the window? Even the pots and pans started to fly out from every windows and door!

Katanya, tiada apa yang dapat memisahkan kami berdua. Itu dahulu tatkala kami hidup mewah. Apabila kocekku mula kering, senyuman manis yang selama ini menyambut kepulanganku kini berubah menjadi cuka. Kasih menjadi benci. Kami bertengkar setiap hari. Siapa kata, ada wang abang sayang, tak ada wang abang melayang? Periuk belanga pun turut sekali terbang melayang keluar tingkap dan pintu!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
finfluencerpempengaruh kewanganKewanganTiadaIndividu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain dalam bidang kewangan menerusi kuasa, ilmu pengetahuan, kedudukan atau hubungannya dengan pengguna.
financial rationisbah kewanganPengurusanPerancanganData dan maklumat yang diperoleh melalui perbandingan antara beberapa maklumat kewangan yang menunjukkan status kewangan, yang boleh digunakan untuk tujuan analisis yang lebih lanjut. Tujuan nisbah kewangan ini dihitung adalah untuk menilai kedudukan kewangan, kecekapan dan keberuntungan sesebuah perniagaan. Selain itu, nisbah ini juga digunakan untuk membandingkan maklumat kewangan syarikat bagi beberapa tempoh tertentu dengan syarikat lain. Lihat juga nisbah kecairan, nisbah keuntungan.
financial statementpenyata kewanganEkonomiEkonomi IslamPenyata yang melaporkan kedudukan kewangan pada tarikh tertentu atau hasil operasi institusi kewangan. Antara penyata ini ialah kunci kira-kira, penyata untung rugi dan penyata sumber dan penggunaan dana. Bagi institusi kewangan Islam, kedudukan kewangan harus memenuhi garis panduan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB-i), garis panduan Bank Negara (GPIS) dan pematuhan syariah.
financial linkagetalian kewangan; rangkaian kewanganGeografiTiadaTiada
financial evaluationpenaksiran kewangan / pentaksiran kewanganPenilaian Harta TanahTiadaTiada
financial evaluationpenaksiran kewangan / pentaksiran kewanganPenilaian Harta TanahTiadaTiada
financial analysisanalisis kewanganPentadbiranTiadaProses menerangkan kedudukan kewangan syarikat daripada penyata kewangan.
investment companysyarikat pelaburanPentadbiran PerniagaanTiadaPengantara kewangan yang mendapatkan sumber kewangan daripada pelabur dan menggunakan wang itu untuk membeli aset kewangan.
Islamic financial instrumentinstrumen kewangan IslamEkonomiEkonomi IslamDokumen yang diurusniagakan dalam pasaran kewangan mengikut prinsip syariah. Contohnya, sijil pelaburan kerajaan, bil Bank Negara Malaysia dan bon cagamas mudarabah. Dokumen ini menjadi obligasi kewangan kepada pengeluarnya tetapi menjadi aset kewangan kepada pembeli atau pemilik. Instrumen kewangan ini boleh berbentuk sama ada instrumen hutang atau instrumen ekuiti dan dikeluarkan oleh unit ekonomi dalam sektor swasta dan juga sektor awam yang memerlukan dana.
financial intermediarypengantara kewanganEkonomiEkonomi IslamInstitusi kewangan yang menjadi orang tengah untuk menyalurkan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan. Melalui perantaraan institusi ini, wujud sistem kewangan yang membolehkan pihak yang memerlukan dana meminjam daripada pihak yang mempunyai lebihan dana. Sesebuah institusi boleh dianggap sebagai pengantara kewangan Islam apabila institusi menawarkan produk kewangan mengikut prinsip syariah. Contohnya, bank perdagangan, bank simpanan, kumpulan wang pencen dan syarikat insurans.
12345678910...

Kembali ke atas