Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.wi.ra.an] | کويراءن

Definisi : sifat-sifat sbg seorang wira: ternyata bahawa ~ Benjamin tidak sama dgn ~ Ratu Bongsu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.wi.ra.an] | کويراءن

Definisi : sifat-sifat seorang wira; kepahlawanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
wira (kata nama,)
Bahasa Asal :sastera lama
Bersinonim dengan pahlawan, lelaki, jaguh, perwira, pendekar, kesateria, wirawan, bahadur, jago;,
Kata Terbitan : kewiraan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
lexicalizationleksikalisasiKesusasteraanTiadaPerihal membekalkan sesuatu idea dengan sesuatu istilah atau nama. Contohnya, karya sastera Melayu pada zaman kewiraan abad ke-18 banyak memberi sinonim untuk konsep �kewiraan� seperti perwira, gagah, perkasa, sateria, kuat, kukuh dan tegap. Hal ini menunjukkan bahawa konsep kewiraan ini penting dalam budaya pada zaman tersebut. Terdapat dua ekstrem dalam prinsip leksikalisasi, iaitu lebih leksikalisasi yang bermaksud �membekalkan ideaa dengan pelbagai istilah�, iaitu suatu idea dengan banyak istilah, manakala kurang leksikalisasi (under-lexicalization) bermaksud suatu idea dibekalkan dengan terlalu sedikit istilah. Lebih leksikalisasi menjadi petanda tentang peri pentingnya dan signifikannya sesuatu idea dalam sesuatu budaya atau masyarakat, sementara kurang leksikalisasi pula menandakan hal yang sebaliknya. Dengan mengkaji konsep idea yang lebih prominen dan signifikan serta sebarang konsep yang kurang signifikan berdasarkan prinsip leksikalisasi, usaha ini dapat membantu penyelidik mengenal pasti k
heroismkewiraanKesusasteraanTiadaSifat-sifat yang ada pada seseorang wira seperti kepahlawanannya, keberanian, pengorbanan diri, tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya.
heroismkewiraanKesusasteraanTiadaTiada
heroic (bravery)kewiraanSejarahTiadaTiada
heroic poetrypuisi kewiraanKesusasteraanTiadaLihat epik.
romanceromanKesusasteraanTiadaNaratif yang membicarakan tema kewiraan, pencapaian luar biasa wira serta sifat dan cinta kesateriaannya. Makna lain bagi roman ialah karya yang bukan ditulis dalam bahasa Latin dan cerita-cerita kesaterian Perancis lama. Cerita roman sering mengisahkan watak (atau kejadian) dalam dunia istana khayalan yang mengaitkan elemen fantasi, luar biasa, kemewahan, cinta, pengalaman mendebarkan, keajaiban, mitos dan kejahilan. Elemen fanstastik dalam karya roman sering menunjukkan ciri yang tidak realistik dengan watak yang berkemungkinan tidak wujud, latar hias cerita di luar dunia kini. Karya roman secara prinsipnya adalah untuk hiburan, tetapi boleh menjadi didaktik secara tidak sengaja. Watak utama dalam karya roman biasanya digolongkan dalam jenis yang berupa tipa induk. Kekuatan karya roman adalah pada paparan emosi yang dalam, subjektif, dan penuh keghairahan. Pada abad ke-13, karya roman berbentuk cerita pengalaman yang mendebarkan, kesateriaan atau cinta yang ditulis dalam bentuk lirik. Karya sebegini akhirny
literary epicepik sasteraKesusasteraanTiadaNaratif panjang yang menceritakan kebaktian seseorang tokoh yang bersifat kewiraan. Epik sastera dikarang dengan baik dan rapi menggunakan teknik serta gaya epik. Biasanya, epik tulisan mempunyai nilai seni yang lebih tinggi dan sempurna berbanding epik rakyat kerana epik ini berbentuk tulisan. Epik sastera memperlihatkan semua konvensi dan ciri-ciri epik dan ditulis untuk tujuan bacaan dan bukannya disampaikan secara lisan. Karya bertajuk Divine Comedy oleh Danie and Aeneid oleh Virgil ialah contoh epik bertulis dari Barat. Dalam dunia Melayu, Hikayat Hang Tuah ialah satu-satunya epik Melayu yang bertulis walaupun tidak diketahui pengarangnya. Contoh epik lain yang bertulis ialah Hikayat Pocut Muhammad, sebuah epik Aceh yang ditulis oleh Teungku Lam Rukam. Epik sastera dikenali juga sebagai epik tulisan atau epik sekunder.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaGenre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping
travestytravestiKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang mempersendakan subjek yang serius atau memartabatkan secara olokan subjek yang remeh. Contoh travesti ditemui dalam karya Cervantes berjudul Don Quixote. Karya Cenvantes mempersendakan genre roman kesasteriaan, sementara karya james Joyce bertajuk Ulysses mempersendakan konsep kewiraan dalam karya Homer, Odyssey. Travesti dalam bahasa Latin bermaksud �menyamar�. Travesti dikenali juga sebagai lecehan.
12

Kembali ke atas