lump | gumpal | Kejuruteraan | Tiada | Bata api khas, dibuat khas untuk pelapik relau bagas. |
student with special educational needs | murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) | Umum | Tiada | Pelajar sekolah yang menyertai sekolah pendidikan khas, program pendidikan khas integrasi dan program pendidikan inklusif. |
effective kilogram | kilogram berkesan | Kejuruteraan | Tiada | Unit khas kuantiti bahan nuklear khas tertentu berdasarkan nilai strategik masing-masing, iaitu kuantiti sesuatu bahan tersebut yang diperlukan untuk membuat satu peranti letupan nuklear. |
special education school | sekolah pendidikan khas | Umum | Tiada | Sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pada semua peringkat persekolahan. |
special education integration programme | program pendidikan khas integrasi | Umum | Tiada | Kelas pendidikan khas untuk murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) di sekolah aliran perdana kerajaan atau bantuan kerajaan. |
special deposit | deposit khas | Ekonomi | Tiada | Tunai yang mesti disimpan di bank pusat kewangan sesebuah negara. Autoriti kewangan memerlukan deposit khas untuk mengurangkan pinjaman bank kepada pelanggan dengan cara mengurangkan kadar kecairan. Penggunaan deposit khas ini didapati sangat berkesan dalam mempengaruhi keupayaan bank meminjamkan wang kepada pelanggan kerana ia mempengaruhi nisbah tunai secara langsung. Deposit khas ini akan menerima faedah simpanan mengikut kadar faedah bagi bil perbendaharaan semasa. |
special correspondent | wartawan khas | Komunikasi | Korporat | Petugas khas yang dihantar oleh organisasi media untuk membuat laporan di sesuatu tempat dalam keadaan yang dilihat penting oleh pihak organisasi tersebut. petugas ini juga merupakan kakitangan yang memegang sesuatu jawatan dalam organisasi media berkenaan. pemilihan petugas berdasarkan kepakaran dalam sesuatu bidang atau subjek dan mempunyai kemahiran pelaporan yang tertentu. jawatan ini tidak wujud dalam hierarki organisasi tetapi hanya merupakan satu fungsi khusus yang diwujudkan bagi memenuhi keadaan atau keperluan pemberitaan organisasi media. petugas biasanya daripada kalangan wartawan kanan dalam organisasi media. sebagai wartawan khas, petugas boleh melakukan semua tugas, seperti mengesan, mendapatkan, memproses, dan menghantar berita kepada media. wartawan khas berkuasa penuh dan bertanggungjawab dalam menentukan ketepatan dan ketulenan berita. sinonim pewarta khas. |
special waqf | wakaf khas | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf yang dikhususkan tentang kegunaan harta wakaf dan pihak penerima manfaatnya oleh wakif. Harta wakaf khas tidak boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang dikhususkan kecuali sekiranya terdapat alasan yang diharuskan oleh syarak. Contoh wakaf khas adalah untuk mendirikan masjid, kawasan perkuburan dan rumah anak yatim. |
cant | bahasa khas | Kesusasteraan | Tiada | Bahasa khas: Bahasa atau rangkaian kata yang digunakan oleh satu golongan atau kumpulan tertentu dan mungkin difahami di kalangan mereka sahaja. |
special requirements | syarat khas | Sukan | Tiada | Keperluan khas yang ditetapkan oleh F.I.G untuk dilaksanakan semasa persembahan rutin bagi setiap acara. |