reactance | regangan | Teknik | Elektrik | Komponen khayali galangan arus ulang-alik yang disebabkan kehadiran aruhan dan kemuatan dalam litar. |
phase constant | pemalar fasa | Kejuruteraan | Tiada | Bahagian khayali bagi pemalar perambatan talian, atau bagi pemalar pemindahan keratan turas, diungkapkan dalam radian seunit panjang atau keratan. |
pitch circle | bulatan pic | Kejuruteraan | Tiada | Bulatan khayali pada gear bergigi yang sepusat dengan paksi gear itu, yang ditetapkan pada bahagian paling tebal pada gigi. |
pitch circle | bulatan pic | Kimia | Tiada | Bulatan khayali yang dipadankan dengan sesebuah roda gear dan mewakili permukaan cakera yang akan menghasilkan nisbah halaju (melalui geseran, iaitu berdasarkan penggulingan tulen) yang sama nilainya dengan nisbah halaju yang akan dihasilkan oleh roda gear tersebut. |
pitch circle | bulatan pic | Mekanik | Gunaan | Bulatan khayali yang dipadankan dengan sesebuah roda gear dan mewakili permukaan cakera yang akan menghasilkan nisbah halaju (melalui geseran, iaitu berdasarkan penggulingan tulen) yang sama nilainya dengan nisbah halaju yang akan dihasilkan oleh roda gear tersebut. |
inertia couple | ganding sifatekun | Mekanik | Gunaan | Ganding khayali yang diadakan-adakan untuk mewujudkan ‘keseimbangan’ putar pada sistem yang sebenarnya tidak berada dalam keadaan keseimbangan berkenaan. Jasad yang ditindak oleh momen tak terimbang M akan mengalami pecutan sudut a dihubungkan oleh sebutan M =Ia, dengan I sebagai momen sifatekun jisim bagi jasad itu. Vektor -Ia, dengan I sebagai momen sifatekun jisim bagi jasad itu. Vektor -Ia, iaitu vektor yang mempunyai magnitud yang sama tetapi hala yang berlawanan dengan M dinamai ganding sifatekun. Dari segi matematik, ganding sifatekun dikendalikan dengan cara yang sama seperti vektor momen yang biasa. Gagasan ganding sifatekun ini digunakan dalam prinsip d’Alembert. Lihat juga daya sifatekun, prinsip d’Alembert. |
dyanamic equilibrium | keseimbangan dinamik | Mekanik | Gunaan | Keseimbangan khayali yang diwujudkan di atas kertas bagi jasad yang tidak berada dalam keadaan keseimbangan, iaitu jasad yang mengalami pecutan. Keseimbangan dinamik diperoleh dengan mengenakan vektor daya/ganding sifatekun bagi mengimbangi sistem daya sebenar yang bertindak pada jasad tersebut. Konsep keseimbangan dinamik diwujudkan bagi memudahkan analisis masalah yang melibatkan sistem daya tak terimbang. Melalui pendekatan ini, masalah bukan keseimbangan bloleh diselesaikan melalui gagasan analisis keseimbangan, Lihat juga prinsip d’Alenbert. |
virtual displacement | sesaran maya | Mekanik | Gunaan | Sesaran khayali yang infinitesimal, dikenakan pada jasad yang berada dalam keseimbangan. Sesaran maya dikenakan untuk membolehkan penerapan ‘kaedah kerja maya’ bagi menganalisis keseimbangan jasad itu. dalam analisis berkenaan, sesaran maya diterapkan satu persatu di arah-arah yang tak bersandaran. Sesaran ini boleh juga diterapkan pada titik-titik yang terkekang dan tidak mungkin mengalami gerakan sebenar; penerapan sedemikian membolehkan penentuan sistem daya yang bertindak pada pengekang berkenaan. Lihat juga kaedah kerja maya. |
primary inertial system | sistem sifatekun utama | Mekanik | Gunaan | Perangkat paksi rujukan khayali yang diandaikan tidak beralih dan tidak berputar di ruang. Sistem ini juga dinamai kerangka rujukan astronomi. |
method of sections | kaedah keratan | Mekanik | Gunaan | Kaedah menganalisis sesuatu dengan cara memotong, secara khayali, anggota-anggota struktur itu supaya daya dalamnya didedahkan sebagai daya luar jasad bebas bahagian yang telah dipotong. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling umum untuk menganalisis keseimbangan struktur. |