ball lightning | kilat bola | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kilat yang berbentuk bebola api, yang ukuran diameternya antara 10 cm hingga 20 cm, tetapi jarang mencapai 1 m. Kilat ini jarang-jarang terjadi. |
forked lightning | kilat cabang | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kilat yang berbentuk bebola api, yang ukuran diameternya antara 10 cm hingga 20 cm, tetapi jarang mencapai 1 m. Kilat ini jarang-jarang terjadi. |
thunder | guruh | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Bunyi kuat yang menyertai panahan kilat, disebabkan oleh pemanasan dan pengembangan serta-merta udara disepanjang laluan kilat tersebut. Jarak kilat dari pemerhati dapat dianggarkan dengn mengira selang masa antara panahan kilat dilihat dan petir didengar, iaitu 1 km setiap 3 saat. Guruh jarang kedengaran dalam jarak yang melebihi 20 km, walaupun jarak 65 km pernah dilaporkan. |
air discharge | luahan udara | Sains | Hidrometeorologi | 1. Suatu bentuk luahan kilat yang mempunyai sifat antara luahan awan dan luahan awan ketanah. Dalam luahan udara, saluran kilat pelbagai cabang yang menurun dari dasar awan tidak sampai ke tanah, tetapi hanya berjaya untuk meneutralkan cas ruang yang tersebar di lapisan subawan. Luahan seumpama ini merambat hampir keseluruhannya melalui proses perintis bertingkat bersama beberapa penahan perintis, tetapi tidak pernah menunjukkan fenomena penahan balik yang khusus kepada luahan awan ke tanah kerana pusat cas yang terlibat dalam kes tersebut tidak terdapat di dalam kawasan kekonduksian yang paling tinggi. Luahan udara lebih selalu terdapat di kawasan gersang kerana dasar awan tinggi biasanya berlaku di kawasan tersebut dan juga disebabkan oleh keadaan permukaan yang menghasilkan arus luahan titik yang kuat. Arus inilah yang mengembangkan cas ruang yang agak besar di lapisan sub-awan. 2. Suatu jenis luahan elektrik bauran yang dilaporkan terdapat di kawasan atas dari ribut petir yang aktif. |
air discharge | nyahcas udara | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | 1. Suatu bentuk nyahcas kilat yang mempunyai sifat antara nyahcas awan dan nyahcas awan ke bumi. Dalam nyahcas udara, saluran kilat pelbagai cabang yang menurun dari dasar awan tidak sampai ke bumi, tetapi hanya berjaya meneutralkan cas ruang yang tersebar di lapisan subawan. Nyahcas udara lebih selalu terjadi di kawasan separa gersang kerana dasar awan lazimnya tinggi dan juga disebabkan oleh keadaan permukaan yang menghasilkan arus nyahcas titik yang kuat. Arus inilah yang mengembangkan cas ruang yang agak besar di lapisan subawan.2. Suatu jenis nyahcas elektrik bauran yang terdapat di kawasan atas ribut petir yang aktif. |
surge | luruan | Teknik | Elektrik | 1. Gelombang berkeupayaan tinggi dalam talian penghantaran atau sebarang sistem lain yang naik mendadak disebabkan lejang kilat atau cas yang teraruh oleh kilat atau penukaran mengejut beza upaya yang disebabkan oleh litar pintas atau semasa mematikan/menghidupkan suis berbeban besar. 2. Keadaan voltan yang turun-naik silih berganti disebabkan keadaan tertentu, seperti semasa membuka dan menutup suis dan semasa keadaan cuaca kilat. 3. Nilai arus atau voltan dalam litar aruhan yang melebihi nilai biasa. |
flash distillation | penyulingan kilat | Kimia | Biokimia | 1. Penyingkiran bahan larut dengan cepat, dengan menggunakan kaedah penyulingan, seperti dalam penyahgaraman air laut dan sebagainya. 2. Penyemburan campuran cecair ke dalam kebuk bertekanan rendah atau tiada bertekanan yang bertujuan menyingkirkan bahan yang lebih mudah meruap, seperti yang dilakukan dalam industri petroleum. |
bimetallic strip | jalur dwilogam | Perubatan | Tiada | 1. Jalur yang dibuat daripada dua logam, berlapik bahan las pada satu permukaan, digunakan sebagai pembuka kawasan sentuhan gigi dan restorasi. Sinonim : jalur kilat, jalur pemisah. |
strip | jalur | Teknik | Elektrik | 1. Tempat penyambungan dawai atau komponen yang terdiri daripada susunan pengalir di sebelah-menyebelah jasad penebat. 2. Pengalir nipis berupa pita yang digunakan untuk sambungan di antara elektrod atau pengalir perangkap kilat. |
fuel oil | minyak bahan api | Kejuruteraan | Petroleum | Cecair atau hasil petroleum yang boleh dicairkan yang dibakar untuk menghasilkan haba dalam tungku atau kotak bakar, atau untuk menghasilkan kuasa di dalam enjin, tidak termasuk minyak yang mempunyai takat kilat kurang daripada 100 darjah Fahrenheit (ditentukan dengan kaedah penguji tertutup tag) dan minyak yang dibakar dalam pembakar kapas atau pada sumbu lampu. Minyak bahan api dalam penggunaan biasa dapat dimasukkan ke dalam kelas:- 1) Minyak bahan api bakim iaitu minyak baki yang didapatkan daripada operasi penulenan. 2) Minyak bahan api sulingan, iaitu terbitan sulingan yang langsung atau tidak. |