colour code | kod warna | Teknik | Elektrik | 1. Kod yang digunakan bagi kaedah pengecaman nilai sesuatu komponen elektrik. Misalnya, untuk perintang yang mempunyai kod warna merah, hitam, dan kuning bernilai 200 000 ohm atau 200 kohm. Jadual berikut ialah contoh kod warna bagi perintang karbon. 2. Kod yang digunakan bagi kaedah mengecam dan menunjukkan sesuatu tugas kabel, iaitu merah bererti pengalir/kabel fasa hidup/positif, biru pengalir/kabel neutral, dan hijau-kuning pengalir/kabel bumi. |
Internet worm | cecacing Internet | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | 1. Kod hasad yang berupaya tersebar sendiri melalui rangkaian. Kod ini terlebih dahulu mencari dan menentukan sasaran. Contohnya, dengan menggunakan jadual penghalaan rangkaian atau buku alamat e-mel pada sesuatu komputer. Seterusnya kod ini akan mengeksploitasi ketakteguhan sasarannya dan menjangkitinya. Selepas tersebar, salinan asal pada sistem punca akan melancarkan serangan seperti penafian khidmat atau pelancaran atur cara yang boleh merosakkan sistem. Operasi ini akan berulang untuk semua salinan kod yang tersebar. 2. Cecacing Internet 1988 atau Cecacing Morris yang dibina oleh Robert T. Morris Jr., siswazah Universiti Cornell di Amerika Syarikat. Beliau menulis kod cecacing tersebut untuk mencari sejauh mana eksploitasi sistem yang terautomasi boleh disebarkan melalui prasarana Internet. Cecacing ini menggunakan kelemahan dalam sistem pengendalian Berkeley UNIX versi 4 pada masa itu. Walau bagaimanapun, satu kesilapan pengaturcaraan pada cecacing ini menggunakan kelemahan dalam sistem pengendalian B |
code | kod; kanun | Matematik | Tiada | 1. Kod: Simbol tertentu yang digunakan untuk pengelasan data atau untuk tujuan komunikasi. |
code | kod; kanun | Perpustakaan | Tiada | 1. Kod: Simbol tertentu yang digunakan untuk pengelasan data atau untuk tujuan komunikasi. |
Hollerith code | kod Hollerith | Pendidikan | Tiada | 1. Sistem kod atau kad tebuk komputer yang mengandungi dua belas baris setiap turus dan membentuk lapan puluh turus bagi setiap keping kad. |
code mark | tanda kod | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Bentuk kod seperti jalur, titik dan sebagainya didapati setelah pengekodan dibuat. |
reflected binary | perduaan terpantul | Kejuruteraan | Tiada | Kod yang menggunakan perduaan 0 dan 1, dan dibina dengan setiap kod diterbitkan daripada kod yang mendahuluinya dengan menyongsangkan hanya satu bit. |
label | label | Kejuruteraan | Tiada | 1. Nama kod yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengelas nama, sebutan, frasa atau dokumen.,2. Satu atau lebih aksara yang digunakan untuk mengenal pasti suatu item data.,3. Nilai angka atau lokasi ingatan dalam sistem boleh atur cara bagi komputer.,4. Angka, huruf atau nama yang diberikan kepada kenyataan atur cara supaya komputer dapat mencarinya kemudian.,5. Nama yang digunakan dalam kod punca untuk mengenal pasti sesuatu suruhan atau kenyataan boleh laksana dalam atur cara komputer.,6. Blok di permulaan atau di akhir fail, yang mengenal pasti, menciri, dan/atau penyahhad fail itu, dengan label itu sendiri tidak dianggap sebagai sebahagian daripada fail. |
coden | koden | Perpustakaan | Tiada | 1. Pengelasan kod yang diberikan pada dokumen atau bahan perpustakaan lain yang terdiri daripada 4 huruf besar dan diikuti oleh dua kumpulan yang terdiri daripada angka-angka Arab yang dibubuh sempang, atau dua angka Arab yang diikuti oleh dua huruf besar, atau beberapa kombinasi yang serupa.,2. Kombinasi beberapa huruf, angka, dan simbol yang diberikan sebagai hasil penerapan peraturan pengekodan dalam usaha menghasilkan petikan bibliografi. |
edit code | kod edit | Komunikasi | Tiada | 1. Corak magnet yang terdapat pada pita. 2. Denyutan yang digunakan sebagai kod bagi membantu kerja-kerja penyuntingan untuk mencari sesuatu program atau bahagian yang dikehendaki. |