Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kokoona


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mata ulatmata ulatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Kokoona spp. daripada famili Celastraceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah perupuk, dan di Sarawak ialah bajan. Spesies utamanya termasuk Kokoona littoralis, K. ochracea, dan K. reflexa. Gubal kayu mata ulat berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna coklat kekuningan. Ira kayunya bersimpul dan tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata, kerana mempunyai jalur parenkima yang tebal. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 895 hingga 1055 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu mata ulat mudah diproses dan dikeringkan, sederhana tahan tetapi sukar diawet. Kayu ini yang diawet, sesuai digunakan untuk membuat rasuk, perabot, lantai parket, dan rangka pintu dan tingkap.

Kembali ke atas