statesman | negarawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia. |
captive market | pasaran terbolot | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pasaran yang menyebabkan pelanggan tidak mempunyai pilihan lain untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan. Keadaan ini berlaku kerana faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan seperti penawaran yang terhad atau komitmen, ideologi dan agama pelanggan. Contohnya, pasaran kewangan Islam dan pasaran barang halal merupakan pasaran terbolot bagi pelanggan Islam yang komited dengan syariah. Walaupun wujud keadaan yang kurang kompetitif dalam pasaran ini, pasaran kewangan Islam masih boleh bertahan kerana adanya sokongan berterusan daripada pelanggan yang komited. |
skill development | pembangunan kemahiran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Usaha, tindakan atau langkah-langkah kemajuan dan perkembangan yang dilaksanakan oleh organisasi untuk mempertingkatkan keupayaan dan kebolehan kakitangan. Pembangunan kemahiran mencakupi proses pemantapan kendiri untuk melahirkan kakitangan yang berdaya saing, berpengetahuan, berfikiran terbuka, berkemahiran tinggi dan komited. Dalam konteks ini, pihak atasan berperanan untuk merangka, mereka bentuk, melaksanakan dan mengenal pasti elemen-elemen penting bagi pembangunan kemahiran. Antara elemen-elemen penting yang dimaksudkan ialah pengalaman kerja kakitangan, kemahiran, prestasi kerja, kekananan dan kualiti peribadi. |
loyal opposition | pembangkang setia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan seseorang atau organisasi yang berkhidmat sebagai pembangkang kepada kerajaan atau sesuatu parti, berasaskan kepada nilai-nilai demokrasi yang telah ditetapkan dalam perlembagaan. Pendirian ini berpegang kepada betapa pentingnya kedudukan pembangkang dalam memeriksa perjalanan kerajaan atau mungkin juga kerana faktor peribadi seperti pernah ditewaskan dalam pilihan raya sebelum ini. Pembangkang setia ini menjalankan tugasnya dengan baik dan komited serta dikenali dalam negaranya dengan imej pembangkang. Contoh pembangkang setia ialah Lim Kit Siang dan DAP di Malaysia. |