expectorant | ekspektoran | Herba | Tiada | Herba yang membantu penyingkiran lendir dari paru-paru, hidung dan tekak. Herba ini digunakan dalam sediaan ubat batuk. Contoh herba ini ialah biji adas manis, akar manis, bawang putih, cabai ekor atau kemungkus, bidara, komkoma dan halba. |
sedative | penenang/sedatif | Herba | Tiada | Herba yang memperlahankan fungsi tubuh. Penenang bertindak pada sistem saraf pusat yang memberikan kesan tenang, santai, mengurangkan kegelisahan, mengantuk, pernafasan perlahan, sebutan tidak jelas, terhuyung-hayang, lemah fikiran dan refleks tidak menentu. Pada dos tinggi, sedatif boleh menyebabkan ketidaksedaran dan kematian. Contoh herba ini ialah lengkuas, kecubung, cabai pintal, komkoma dan bidara/pedara. |