instability constant | pemalar ketakstabilan | Kimia | Kimia Analisis | Ukuran ketakstabilan suatu ion kompleks. Ia merupakan nisbah hasil darab aktiviti ion-ion yang terhasil daripada penguraian ion kompleks terhadap aktiviti ion kompleks yang tidak terurai. Bagi suatu ion kompleks MLp(n-pb)+ pemalar ketakstabilan ditulis seperti berikut: |
complex salt | garam kompleks | Kimia | Tiada | Garam yang terbentuk daripada tindak balas kation kompleks seperti [Cu(NH3)4]2+ dengan anion ringkas seperti CI-, untuk menghasilkan Cu(NH3)4CI2; atau daripada tindak balas kation ringkas seperti Na+ dengan anion kompleks seperti [AIF6]3-, untuk menghasilkan Na3AIF6; atau daripada tindak balas kation kompleks seperti [Co(III)(NH3)6]3+ dengan anion kompleks seperti [Co(III)(NO2)6]3-, untuk menghasilkan [Co(III)(NH3)6] [Co(III)-(NO2)6]. |
inferiority complex | kompleks rendah diri | Psikologi | Psikologi Umum | Perasaan negatif yang dirasai oleh individu secara melampaui batas. Menurut Adler, kompleks rendah diri berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak atau tidak mempedulikan mereka sama sekali sehingga hilangnya minat untuk menguasai cabaran. Individu yang mengalami kompleks ini akan menggunakan teknik perangkap seperti memakai pakaian yang boleh menarik perhatian orang lain, menggunakan kereta mewah atau apa-apa sahaja yang boleh memperlihatkan mereka sebagai individu penting. Individu ini juga biasanya akan menunjuk atau menceritakan kejayaan mereka sebagai usaha untuk menutup kompleks rendah diri yang dialami. Masalah besar bagi mereka yang menghidapi kompleks rendah diri ini ialah penipuan terhadap diri sendiri tanpa disedari dan kebimbangan yang berlebihan terhadap penampilan berbanding realiti. Contohnya, artis Hollywood terkenal seperti Marilyn Monroe dikatakan menghidapi kompleks rendah diri. |
argument | hujah | Matematik | Tiada | 1. Sudut kedudukan nombor kompleks atas satah kompleks yang disukat mengikut lawan arah jam, bernilai antara 0o hingga 360o. |
labile complex | kompleks labil | Kimia | Tiada | Sebatian kompleks yang liganya cepat diganti dengan ligan lain (dalam masa kurang daripada satu minit). Misalnya, kompleks kuprum, Cu(NH3)42+ dalam asid cair menghasilkan Cu(H2O)62+ dan NH4+ dengan cepat. |
metabolism | metabolisme | Veterinar | Tiada | Proses kimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup. Lihat juga anabolisme, katabolisme. |
metabolism | metabolisme | Herba | Fitokimia | Proses kimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian yang ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup. |
metabolism | metabolisme | Kimia | Tiada | Proses kimia yang melibatkan pembinaan sebatian yang kompleks, dan pemecahan sebatian kompleks kepada sebatian ringkas untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berlaku dalam semua sel hidup. |
modulus | modulus | Matematik | Tiada | Nilai tak negatif yang bersamaan dengan bagi nombor kompleks a + bi. Simbol modulus bagi nombor a + bi ialah la + bil. Sekiranya nombor kompleks z = a + bi diwakilkan sebagai suatu titik pada satah kompleks, modulus z merupakan jarak titik tersebut dari asalan. Sinonim nilai mutlak 2. |
transition state theory | teori peralihan keadaan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Teori yang memodelkan kadar penguraian kompleks perantara yang terbentuk. Kadar pembentukan kompleks perantara menurut model ini dianggap tersangat pantas dan sentiasa berada dalam keadaan keseimbangan. Kadar tindak balas kimia dihadkan oleh penguraian kompleks perantara. |