Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.rés.pon.den] | کوريسڤوندن

Definisi : (korésponden) pemberita atau wartawan (surat khabar dsb) yg membuat laporan tentang sesuatu perkara tertentu atau yg mengirim laporan dr negeri asing: ~ surat khabar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata koresponden


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
corresponding authorpengarang korespondenPendidikanTiadaIndividu yang bersama-sama menyediakan makalah dengan beberapa pengarang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk berkomunikasi terhadap jurnal yang ingin diterbitkan bermula dari penyerahan manuskrip, kajian semula setara sehingga kepada proses penerbitan dengan memastikan semua keperluan pentadbiran jurnal dipatuhi. Pengarang koresponden biasanya akan bersedia untuk menjawab segala persoalan sepanjang proses pertanyaan editorial dan setelah jurnal tersebut diterbitkan. Pengarang koresponden terdiri daripada penyelidik kanan atau ahli akademik, seperti profesor kanan atau penyelidik utama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman penerbitan.
diplomatic correspondentkoresponden diplomatikUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPihak yang terlibat dalam membuat liputan tentang hal ehwal luar negeri, seperti acara persidangan antarabangsa. Pihak ini termasuklah wartawan dan penyelidik yang membuat kajian secara mendalam. Hasil kerja mereka selalunya dihormati oleh anggota masyarakat hal-ehwal luar negeri. Koresponden diplomatik biasanya pakar dan fasih dalam bahasa yang digunakan oleh diplomat, dan mempunyai hubungan dalam lingkaran diplomat. Koresponden diplomatik bebas untuk menulis ideologi peribadi mereka sendiri dalam membuat tafsiran dan laporan. Mereka memperoleh maklumat daripada sumber yang percayai dalam sesebuah kementerian luar negeri.

Kembali ke atas