Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kor.téks] | کورتيک‌‌س

Definisi : (kortéks) 1. (Ubat) lapisan luar otak atau organ lain: ~ serebrum; 2. (Bio) lapisan luar sesuatu bahagian tumbuhan, mis kulit batang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata korteks


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cortexkorteksPerubatanTiadaBahagian atau lapisan luar sesuatu organ, seperti korteks otak atau korteks kelenjar adrenal.
fibrous cortexkorteks serabutBiologiMikologiKorteks liken yang terdiri daripada sekumpulan atau segugus hifa yang tersusun selari dengan paksi talus. bd.korteks fastigiat.
fastigiate cortexkorteks fastigiatBiologiMikologiKorteks liken yang terdiri daripada sekumpulan atau segugus hifa yang tersusun selari dan bersudut tepat dengan paksi talus. bd.korteks serabut.
infantile cortical hyperostosishiperostosis korteks infantilPerubatanTiadaKeadaan hiperostosis korteks yang menyerang bayi di bawah enam bulan. Bercirikan kebengkakan dan ketenderan tisu lembut diikuti dengan hiperostosis korteks tulang. Sinonim: penyakit Caffey.
cortexkorteksBotaniTiadaTisu di antara epidermis dengan silinder vaskular di dalam batang dan akar. Pada dasarnya korteks terdiri daripada sel-sel parenkima, tetapi kerap juga mengandungi sel kolenkima, gentian, sklereid, sel rembesan dan sel penyimpan. Kadangkala sebahagian daripada tisu korteks terdiri daripada sel-sel klorenkima, yang berupaya menjalani fotosintesis seperti yang terdapat pada tumbuhan xerofit, iaitu tumbuhan yang tumbuh di kawasan persekitaran yang kering.
upper motor neuronneuron motor atasVeterinarPraklinikalSaraf motor soma yang berpunca daripada korteks serebrum dan berakhir di saraf motor periferi. Arah laluan ini mengalirkan impuls dari korteks motor ke nukleus motor saraf korteks serebrum atau jirim kelabu korda spina ventral. Neuron motor atas mengawal aktiviti otot soma atau voluntari. Neuron motor atas juga mempengaruhi neuron motor bawah sama ada melalui interneuron atau melalui sentuhan sinaps langsung.
adrenal cortexkorteks adrenalVeterinarPraklinikalBahagian luar kelenjar adrenal yang terdiri daripada tiga lapisan; iaitu zona glomerulosa; zona fasikulata dan zona retikularis. Zona glomerulosa ialah lapisan luar yang merangkumi 15% daripada korteks adrenal dan merembes aldosteron. Zona fasikulata ialah lapisan tengah yang paling lebar dan merangkumi 75% daripada korteks adrenal dan merembeskan kortisol; kortikosteron; androgen dan estrogen. Zona retikularis ialah lapisan dalam yang merembeskan dihidroepiandrosteron (DHEA) dan androstenedione.
motor cortexkorteks motorPsikologiPsikologi UmumKawasan korteks otak yang mengawal gerakan dengan mengarahkan pengecutan dan pengenduran otot-otot badan. Sekiranya kawasan ini dirangsang dengan arus elektrik, bahagian tertentu badan akan bergerak atau sekurang-kurangnya bergetar.
association cortexkorteks gabunganSains SukanBiomekanikKawasan khusus pada korteks serebrum, tempat berlakunya proses integrasi pelbagai jenis impuls. Contohnya, proses integrasi sensorimotor dan audiovisual.
cortical defect fluoridekecacatan korteks fluoridaPerubatanTiadaKecacatan korteks tulang panjang akibat fluorida yang berlebihan.
12345678910...

Kembali ke atas