cost benefit analysis | analisis kos-faedah | Ekonomi | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk menilai keberuntungan sesuatu projek. Analisis ini melibatkan penilaian terhadap faedah sesuatu projek berbanding dengan kos pelaksanaannya. Analisis kos faedah melibatkan lima langkah, iaitu: i) Mengenal pasti semua kesan projek seperti perubahan tingkat output harga, pendapatan, dan persekitaran; ii) Membuat anggaran kuantitatif terhadap kesan tersebut; iii) Memberi nilai wang kepada kesan tersebut; iv) Menjumlahkan kesan-kesan tersebut mengikut masa melalui suatu pendekatan yang mendiskaunkan faedah dan kos masa depan; dan v) Menentukan kepekaan hasil kajian terhadap perubahan nilai pemboleh ubah dan parameter. |
cooperative advertisement | iklan kerjasama | Komunikasi | Korporat | Salah satu kaedah pengiklanan barangan atau perkhidmatan yang kosnya ditanggung secara bersama antara pihak yang terlibat. Bagi pengiklanan barangan, contoh pihak yang terlibat ialah pengilang, pengedar, pemborong, peruncit, dan pembekal. Selain bertujuan untuk mengurangkan kos, iklan kerjasama juga dapat membantu memberikan ruang publisiti dan promosi kepada semua pihak yang terlibat dalam pemasaran barangan, terutamanya jika syarikat yang terlibat ialah syarikat besar yang berwibawa. Iklan kerjasama mempunyai faedah seperti yang berikut: (i) Memberikan peluang kepada syarikat kecil dan kurang ternama untuk mendapat publisiti dan promosi barangan yang luas dengan kos pengiklanan yang rendah bersama-sama syarikat yang lebih besar dan berjaya. (ii) Syarikat yang terlibat boleh membantu antara satu sama lain dalam pembiayaan kos pengiklanan. Contohnya, publisiti mengenai projek karnival Jom Heboh oleh perkhidmatan stesen penyiaran swasta yang bukan sahaja ditaja oleh stesen berkenaan, tetapi juga oleh syari |
sukuk bithaman ajil | sukuk bithaman ajil | Ekonomi | Ekonomi Islam | Sijil kewangan yang diterbitkan berasaskan prinsip ijarah. Pengeluar sukuk akan bertindak sebagai penyewa aset atau perkhidmatan kepada pemegang sukuk. Proses urus niaga dilakukan dengan cara: i. Pengeluar sukuk mengeluarkan sukuk untuk mendapat dana daripada pemegang sukuk. ii. Dana digunakan oleh pengeluar sukuk untuk memperoleh aset dan/atau perkhidmatan. iii. Aset dan perkhidmatan kemudiannya dijual kepada pemegang sukuk. iv. Pengeluar sukuk kemudiannya membeli semula aset dan perkhidmatan tersebut daripada pemegang sukuk dengan bayaran ansuran. Pemegang sukuk memperoleh pulangan daripada harga jualan kerana harga jualan semula oleh pengeluar sukuk meliputi kos pembelian sukuk dan margin. |
memory | ingatan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu ruang penyimpanan data dan suruhan secara sementara selagi komputer masih beroperasi. Ingatan tidak digunakan untuk menyimpan data secara kekal kerana mahal dan meruap. Ingatan selalu di interaksi/dicapai oleh CPU, tetapi ingatan berasingan dengan CPU. Secara asasnya, ruang storan ingatan boleh digunakan dalam lima bentuk yang berbeza; (i) Untuk menyimpan atur cara sistem pengendalian dan perisian sistem. (ii) Untuk menyimpan atur cara aplikasi seperti pemproses kata, hamparan dan pangkalan data. (iii) Untuk menyimpan data secara sementara iaitu data yang diterima dari peranti input atau storan sekunder. (iv) Untuk menyimpan data yang diperlukan semasa pemprosesan dalam satu kawasan storan kerja. (v) Untuk menyediakan ruang storan tambahan kepada atur cara atau data jika diperlukan. Ciri penting ingatan ialah saiz dan kelajuan ingatan. Faktor saiz bergantung kepada kos. Faktor kelajuan adalah faktor terpenting dan bergantung kepada jenis ingatan. Ingatan juga disebut dengan pelbagai nama seperti ingatan |