Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Id kawasan sesuatu kota dan pen­tadbirannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kota besar

Puisi
 

Hari mana mengayak abu,
     Hari tuan mengayak pasir;
Bagaimana bercerai ibu,
     Bagai roboh kota besar.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

641

A wolf in sheep's clothing

Orang yang nampak sahaja baik tetapi sebenarnya berbahaya.

Musang berbulu ayam

When you are in a big city, beware of a wolf in sheep's clothing. Danger may lurk beneath a person who for no rhyme or reason tries to be nice to you.

Apabila kamu hidup di kota besar, berwaspadalah dengan musang berbulu ayam. Bahaya mungkin menanti di sebalik orang yang tidak semena-mena cuba berbaik-baik dengan kita.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
castlekubu kota; mahligaiSejarahTiada2. Kubu kota: Bangunan besar atau sekumpulan bangunan kepunyaan golongan bangsawan yang dibina dalam abad pertengahan untuk pertahanan diri.
citybandar raya; kotaGeografiTiadaSebuah bandar besar.
direct democracydemokrasi langsungSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang melibatkan penyertaan rakyat secara langsung dalam proses politik. Sistem ini wujud pada zaman negara kota Athens, Greek dahulu. Dalam sistem ini, rakyat terlibat sendiri dalam proses penggubalan undang-undang, dasar dan keputusan politik. Mereka turut hadir dalam perbincangan mengenai pentadbiran negaranya. lni bermakna, rakyat tidak mewakilkan kepada mana-mana perwakilan atau wakil rakyat untuk menyampaikan pandangan dan suara mereka. Demokrasi ini sesuai diamalkan dalam sebuah masyarakat bersaiz kecil seperti negara kota. Kini demokrasi langsung tidak lagi diamalkan kerana saiz negara dan masyarakat yang sangat besar dan kompleks.
battering rampelantak pelancarKesenianSeni BinaAlat yang bersaiz besar dan berat yang diperbuat daripada kayu, besi, batu atau bahan-bahan lain, digunakan untuk memukul dan memecahkan dinding atau pintu bangunan. Alat ini biasanya digunakan oleh ahli bomba atau pihak berkuasa untuk meruntuhkan pintu atau dinding semasa kecemasan. Pada Zaman Pertengahan, alat ini biasanya digunakan untuk meruntuhkan pintu kota yang terkepung atau memusnahkan kubu musuh.
raprapMuzikTiada

 Naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya hip-hop yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam di kota New York pada tahun 1970-an. Rap telah diadaptasikan oleh remaja di serata dunia dengan menggunakan bahasa dan dialek masing-masing untuk meluahkan perasaan. Dalam budaya hip-hop, penyanyi rap memakai kemeja-T, seluar besar, kasut kanvas, topi besbol dan menari tarian break. Rap juga dinyanyikan oleh deejay di kelab tarian. Contohnya, lagu rap di Malaysia termasuklah Fanatik oleh KRU dan Alhamdulillah oleh Too Phat. Lihat juga hip-hop.

heterogenous societymasyarakat heterogenSains PolitikPolitik PerbandinganMasyarakat kompleks yang terdiri daripada berbilang etnik dengan pelbagai amalan agama, bahasa, budaya dan warna kulit. Dalam masyarakat heterogen, tidak wujud satu unsur identiti yang jelas bagi satu-satu kelompok masyarakat. Perbezaan ini tidak terbatas kepada unsur etnik dan budaya semata-mata tetapi juga dari sudut jenis pekerjaan, tempat tinggal, pendidikan, gender dan kelas. Masyarakat ini lebih kompleks daripada masyarakat majmuk yang melihat perbezaan kaum itu selari dengan perbezaan bahasa, agama dan budaya. Dalam masyarakat heterogen ini, perbezaan juga boleh terdapat dalam satu kaum. Contohnya, masyarakat metropolitan kota yang besar seperti Kuala Lumpur, London dan New York merupakan masyarakat heterogen.
hip-hophip-hopMuzikTiada

Budaya sekumpulan orang kulit hitam di Amerika Syarikat yang mengutamakan rap, tarian break, lukisan grafiti, keme-ja-T dan seluar besar, kasut kanvas dan topi besbol. Hip-hop berasal dari kota New York pada tahun 1970-an. Budaya hip-hop telah tersebar ke negara lain dan disesuaikan dengan ciri tempatan seperti bahasa, loghat, melodi dan rentak. Contoh kumpulan hip-hop di Malaysia, termasuklah Poetic Ammo, VE dan Teh Tarik.


Kembali ke atas