chromatography | kromatografi | Kimia | Tiada | Kaedah pengasingan sebatian dalam sesuatu campuran berdasarkan jerapan berpilih. Jenis-jenis kromatografi ialah kromatografi kertas, kromatografi turus, kromatografi lapisan nipis, kromatografi pertukaran ion, kromatografi gas, kromatografi gas-cecair dan kromatografi cecait. Dalam setiap kaedah ini, pelarut atau campuran pelarut yang disebut fasa gerak dan bahan penjerap yang disebut fasa pegun yang sesuai digunakan. Pelarut digunakan untuk menggerakkan sebatian di dalam campuran tersebut melalui bahan penjerap dengan kelajuan yang berbeza, dan dengan itu setiap sebatian dapat diasingkan. |
chromatography | kromatografi | Herba | Pemiawaian | Kaedah pemisahan pelbagai sebatian dalam sesuatu campuran seperti ekstrak herba berdasarkan jerapan berpilih. Kromatografi terbahagi kepada kromatografi kertas, kromatografi turus, kromatografi lapisan nipis, kromatografi pertukaran ion, kromatografi gas, kromatografi gas-cecair dan kromatografi cecair. Dalam setiap kaedah ini, pelarut atau campuran pelarut yang disebut fasa gerak dan bahan penjerap yang disebut fasa pegun yang sesuai digunakan. Pelarut digunakan untuk menggerakkan sebatian dalam campuran tersebut melalui bahan penjerap dengan kelajuan yang berbeza dan dengan demikian, setiap sebatian dapat diasingkan. |
chromatography | kromatografi | Herba | Tiada | Kaedah, pemisahan pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam herba. Kromatografi melibatkan dua fasa iaitu fasa pegun dan fasa gerak. Fasa pegun terdiri daripada pepejal seperti silika, alumina, selulosa dan sebagainya, atau cecair yang disokong oleh pepejal atau gel. Fasa ini sama ada dipadatkan dalam turus, disebarkan dalam bentuk lapisan dan filem, atau sebagainya. Fasa gerak pula terdiri daripada sama ada cecair atau gas. Mod pemisahan iaitu penjerapan, partisi, pertukaran ion dan eksklusi saiz bergantung pada sifat fizikokimia bahan kimia. Contoh teknik kromatografi ialah kromatografi lapisan nipis, kromatografi kertas, kromatografi cecair prestasi tinggi, kromatografi gas, kromatografi cecair superkritikal dan elektroforesis. |
gas chromatography mass spectrometry | kromatografi gas spektrometri jisim | Herba | Pemiawaian | Kaedah kromatografi yang berasaskan gas sebagai fasa gerak. Terdapat dua jenis kromatografi gas bergantung pada fasa pegun yang digunakan, iaitu kromatografi gas-pepejal dan kromatografi gas-cecair. Pengesan yang digunakan mengesan signal berasaskan profil berat fragmen molekul yang terion. Kaedah ini digunakan untuk menentukan profil minyak pati dalam ekstrak serai wangi (Cymbopogon nardus). |
gas chromatography (GC) | kromatografi gas (GC) | Herba | Pemiawaian | Kromatografi yang menggunakan gas sebagai fasa gerak seperti hidrogen, helium dan nitrogen. Terdapat dua jenis kromatografi gas bergantung pada fasa pegun yang digunakan, iaitu kromatografi gas-pepejal dan kromatografi gas-cecair. Sampel minyak pati herba disuntik pada turus kapilari dan komponen kimia dalam minyak pati dapat dikenal pasti dengan menggunakan alat pengesan berasaskan pengionan nyalaan, kekonduksian terma, penangkap elektron atau pengionan foto. Sebagai contoh, kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti komponen minyak pati meruap dan separa meruap bagi serai wangi (Cymbopogon nardus). |
column chromatography | kromatografi turus | Bioteknologi | Tiada | Kromatografi yang menggunakan bekas tubul untuk menyokong fasa pegun pepejal. Bekas tersebut dibuat daripada kaca, plastik atau logam, dan saiznya berbeza-beza bergantung pada teknik kromatografi yang terlibat, misalnya turus yang panjang dan sempit digunakan dalam kromatografi gas, manakala kromatografi cecair pula menggunakan turus yang mempunyai nisbah panjang terhadap garis pusatnya antara 10:1 hingga 100:1. |
planar chromatography | kromatografi planar | Herba | Fitokimia | Kaedah kromatografi yang menggunakan lapisan nipis, terdiri daripada gel silika, alumina ataupun oktadekilsilika yang disokong oleh kepingan kaca, plastik ataupun aluminium. Contohnya, kromatografi lapisan nipis dan kromatografi emparan. |
gas chromatography (GC) | kromatografi gas (GC) | Herba | Fitokimia | Kaedah kromatografi yang berasaskan gas sebagai fasa gerak. Terdapat dua jenis kromatografi gas bergantung pada fasa pegun yang digunakan, iaitu kromatografi gas-pepejal (alumina, silika, karbon, penyaring molekul dan polimer), dan kromatografi gas-cecair (Carbowax, Apiezon L, Bentone 34 dan Dexsil 300). Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Gas pembawa terdiri daripada hidrogen, helium, nitrogen ataupun argon yang dibenarkan mengalir melalui turus kepada alat pengesan berasaskan pengionan nyalaan, kekonduksian terma, penangkap elektron dan pengionan foto. Pengesan pengionan nyalaan dan kekonduksian terma digunakan dengan meluas. Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis minyak pati daripada tumbuh-tumbuhan. |
partition chromatography | kromatografi sekatan | Kimia | Kimia Analisis | Teknik kromatografi yang berdasarkan nisbah taburan zat-zat yang berlainan di antara fasa pegun (cecair) dengan fasa gerak cecair atau gas. Contohnya kromatografi cecair-cecair dan kromatografi gas cecair. |
high performance liquid chromatography (HPLC) | kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) | Herba | Fitokimia | Kaedah kromatografi yang diadaptasikan daripada kromatografi turus. Fasa pegun yang diisi ke dalam turus diperbuat daripada besi tahan karat atau plastik. Fasa gerak dilalukan menerusi turus ini dengan bantuan tekanan tinggi. Sampel diaplikasikan secara suntikan pada permulaan fasa pegun. Pengesanan sebatian dilakukan dengan mengalirkan lelehan daripada turus kepada alat pengesan yang berasaskan kepada penyerapan sinar ultraungu atau pengukuran indeks refraktif atau pengesanan penyelerakan cahaya sejatan. Kaedah ini digunakan untuk tujuan analisis dan pengasingan secara sediaan. Banding kromatografi bendalir lampau genting (SFC). |