phenacetin poisoning | keracunan fenasetin | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan fenasetin, iaitu ubat yang diberikan untuk melegakan sakit dan mengurangkan demam. Pengingesan kronik telah dikaitkan dengan kegagalan renal kronik. Dos keracunan akut ialah 0.5 g - 5 g, dos parah ialah lebih kurang 1 g/kg. Gejala keracunan kronik termasuk sakit abdomen, sakit kepala, sianosis, pening, anemia, lesu, kerengsaan dan insomnia. Antara gejala keracunan akut ialah perpeluhan, kerengsaan gastrik, seram sejuk dan tinitus, tekanan darah turun, sianosis, oliguria, jaundis, koma, kekejangan dan mati akibat kegagalan pernafasan. |
callus | kalus | Perubatan | Tiada | 1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baru yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya. |
callus | kalus | Herba | Fitoterapi | 1. Penebalan setempat keratin kulit disebabkan tekanan atau geselan secara kronik. Kalus biasanya terjadi di tapak kaki, tangan, lutut dan siku. 2. Tulang baharu yang terbentuk di sekeliling tulang yang tercedera semasa proses penyembuhannya. 3. Kulit keras dan tebal yang terbentuk pada kulit pokok selepas kulit mengalami kecederaan. Kalus terbentuk sebagai satu proses pemulihan kecederaan. |
chronic | kronik | Perubatan | Tiada | Berkaitan dengan proses penyakit yang berpanjangan ataupun bermula dengan beransur-ansur dan tidak sembuh dengan cepat. Bdg. akut (1). |
granuloma | granuloma | Perubatan | Tiada | 1. Jisim yang menyerupai ketumbuhan yang terbentuk daripada tisu yang tergranulasi, sebagai gerak balas kepada jangkitan kronik, keradangan, benda asing atau sebab-sebab yang tidak diketahui. |
granuloma | granuloma | Perubatan | Tiada | 1. Jisim yang menyerupai ketumbuhan yang terbentuk daripada tisu yang tergranulasi, sebagai gerak balas kepada jangkitan kronik, keradangan, benda asing atau sebab-sebab yang tidak diketahui. |
acute | akut | Perubatan | Tiada | 1. Berkaitan dengan sesuatu keadaan yang muncul secara mendadak atau dalam jangka waktu yang pendek, tetapi biasanya teruk. Bdg. kronik. 2. Berkaitan dengan sesuatu yang tajam, misalnya penglihatan yang tajam |
acetazolamide | Acetazolamide | Perubatan | Tiada | Bahan diuretik untuk rawatan penyakit paru-paru kronik, nama kimia N-[5-(aminosulfonil)-1,3,4-tiadiazol-2-il] asetamida. |
potassium cyanide poisoning | keracunan kalium sianida | Kimia | Forensik | Keracunan akibat pengingesan atau penyedutan atau penyerapan melalui kulit kalium sianida (formula kimia, KCN), iaitu bahan yang menyebabkan kesesakan dan kakisan mukosa gaster. Tanda utama keracunan ialah pernafasan cepat, tekanan darah turun, konvulsi, dan koma. Keracunan akut akibat pengingesan atau penyedutan amaun yang banyak (melebihi 200 mg) menyebabkan tidak sedar dengan serta-merta, konvulsi, dan mati dalam masa 1 - 15 minit. Pengingesan atau penyerapan kulit yang tidak melebihi 200 mg menyebabkan pening, pernafasan cepat, muntah, muka merah, sakit kepala, mengantuk, tekanan darah turun, nadi cepat, dan tidak sedar. Mati semasa konvulsi berlaku dalam masa 4 jam. Keracunan kronik akibat pemakanan ubi kayu beracun boleh menyebabkan kerosakan saraf koordinasi. Penemuan makmal bagi keracunan akut menunjukkan asidosis metabolik teruk. Bau badam pahit mungkin terhidu semasa autopsi. Dos maut ialah 1.1 �g/mL -1.3 �g/mL. |
autogenous vaccine | vaksin autogenus | Farmasi | Farmakologi | 1. Vaksin yangdihasilkan daripada bakteria yang diperoleh daripada badan pesakit. 2. Vaksin terapeutik yang setiap satunya dihasilkan bersesuaian dengan pesakit tertentu.Vaksin inidihasilkan daripada kultur mikroorganisma patogenik yang diasingkan ataudiperolehdaripada suatu lesiataukawasan jangkitan seperti bisul, abses atau air kencing pesakit itu sendiri dan dinyahaktifkan dengan menggunakan haba. Oleh sebab penghasilannya mengambil masa yang lama sehingga empat minggu, vaksin autogenus hanya berkesan dalam kes-kes penyakit kronik atau penyakit berulang dan bukannya untuk rawatan penyakit akut. Keunikan vaksininiadalah untukdigunakan oleh pesakit tertentu kerana ia diperoleh daripada pesakit itu sendiri dan hal ini merupakan ciri utama vaksin autogenus. Vaksin ini dalam keadaan tertentu mempunyai tindak balas terapeutik dan menjadi profilaksis (pencegahan penyakit) pada sesuatu masa tertentu untuk melawan serangan penyakit yang berulang. |