Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kua/.kua/] | کواق٢

Definisi : ; burung ~ sj burung yg keluar pd waktu malam, burung kuar, burung kuaran, Nycticorax nycticorax. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuak-kuak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
folk songlagu rakyatKesusasteraanTiadaNyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah.
kuak lungsinkuak lungsinKesenianTiadaRuang di antara benang lungsin yang dikuakkan, yang naik dengan yang turun semasa ditenun.
backstroke pullkuak gaya lentangSukanTiadaKemahiran yang perlu untuk mendapatkan gaya renang yang berkesan dan optimum. Siku dibengkokkan sepanjang membuat tarikan terutamanya dalam kuak tangan gaya bebas dan gaya kupu-kupu. Tetapi bagi kuak lentang, apabila tangan mula menguak, siku dibengkokkan ketika meneruskan tolakan hingga siku lurus dan keluar dari permukaan air. Sinonim: bent arm.
underwater strokekuak dalam airSukanTiadaKuak renang yang dilakukan di bawah permukaan air.
catch-upkuak kejarSukanTiadaLatihan gaya rangkak. Sebelah tangan membuat kitaran kuak, sementara sebelah lagi menunggu di titik kaut. Apabila kedua-dua tangan seiring dan lurus, tangan yang satu lagi akan mengulangi kitaran yang sama.
chief stroke judgeketua hakim kuakSukanTiadaPegawai yang bertanggungjawab memberikan laporan kepada referi sekiranya ada perenang yang menyalahi syarat kuak renang.
turn judgehakim pusinganSukanTiadaPegawai yang bertanggungjawab memastikan peserta mengikut peraturan pusingan yang bermula dari kuak terakhir sebelum membuat pusingan dan kuak pertama selepas membuat pusingan bagi setiap acara. Sinonim : inspectors of turns
inspectors of turnsinspektor pusinganSukanTiadaPegawai yang bertanggungjawab memastikan peserta mengikut peraturan pusingan yang bermula dari kuak terakhir sebelum membuat pusingan dan kuak pertama selepas membuat pusingan bagi setiap acara.
bent armbengkok tanganSukanTiadaKemahiran yang perlu untuk mendapatkan gaya renang yang berkesan dan optimum. Siku dibengkokkan sepanjang membuat tarikan, terutamanya dalam kuak tangan gaya bebas dan gaya kupu-kupu. Tetapi bagi kuak lentang, apabila tangan mula menguak, siku dibengkokkan ketika meneruskan tolakan hingga siku lurus dan keluar dari permukaan air. Sinonim : backstroke pull
arm pullkuak lenganPendidikanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas