zest | kulit limau | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kulit limau: Kulit nipis buah sitrus yang tidak termasuk bahagian di antara kulit dan isi yang berwarna putih. |
nipis kulit | nipis kulit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Memecylon spp. daripada famili Melastomaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah delek tembaga. Spesies utamanya termasuk memecylon pubescens. Gubal kayu nipis kulit biasanya berwarna lebih muda daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu. Tekstur kayunya agak halus dan tidak sekata kerana mempunyai floem terkandung. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 850 hingga 1155 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang agak keras dan berat. Kayu ini sukar dikerjakan, boleh menumpulkan mata pemotong, lambat mengering, tidak tahan tetapi bahagian gubal kayunya mudah diawet. kayuu nipis kulit bersaiz kecil dan digunakan sebagai kayu jaras. |
foreskin | kulit khatan | Perubatan | Tiada | Lipatan kulit yang nipis yang menyelaputi glans penis. |
paperback | kulit lembut | Komunikasi | Tiada | Kulit buku yang lebih nipis dan diperbuat daripada bahan yang tidak tahan lama. Kos pengeluaran buku berkulit lembut adalah lebih rendah berbanding dengan buku berkulit keras. Tujuannya ialah untuk mempertingkatkan bilangan edaran buku kepada khalayak. |
basan skin | kulit basan | Perpustakaan | Tiada | Kulit biri-biri yang nipis untuk jilidan murah. |
seed coat | kulit biji benih | Pertanian | Agronomi | Lapisan luar atau kulit selaput yang menutupi bahagian luar biji benih. Kulit biji ini terdiri daripada pelbagai jenis seperti keras, lembut, nipis atau tebal, atau pelbagai warna seperti hitam dan kelabu. Contohnya, ciku mempunyai kulit biji yang keras, manakala kekacang mempunyai kulit biji yang lembut. |
edible food packaging | pembungkusan boleh makan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Pembungkus makanan yang diperbuat daripada bahan yang boleh dimakan. Pembungkus jenis ini berbentuk lapisan nipis ataupun kulit yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Selain itu, lapisan nipis ini juga boleh diperbuat daripada kacang hazel, kacang tanah dan kelapa seperti pembuatan pembungkus aiskrim. |
shuttlecock | bulu tangkis | Sukan | Tiada | Alat yang dibuat daripada bahan asli atau tiruan, mempunyai bahagian bawah bergabus yang dilindungi oleh sekeping lapisan kulit yang nipis, 16 helai bulu yang tercucuk ke dalam gabus, lilitan gabus antara 64mm - 70mm, dan berat kira-kira 4.74 - 5.5 gram, dan digunakan dalam permainan badminton. |
soft cover | kulit lembut | Kesenian | Tiada | Kulit buku yang dibuat daripada kertas nipis. |
microdermatome | mikrodermatom | Perubatan | Tiada | Alat untuk membuat hirisan atau keratan kulit yang sangat nipis. |