Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hydrogeological mappeta hidrogeologiHidrogeologiTiadaPeta yang menggambarkan sifat hidrologi atau hubungan sifat ini dengan geologi, geomorfologi, atau geokimia sesuatu kawasan. Kerumitan perhubungan hidrologi di beberapa kawasan biasanya menyulitkan penggambaran semua sifat hidrologi dalam satu peta. Peta hidrogeologi dikelaskan ke dalam empat kumpulan: (1) sifat hidrologi umum dan kedapatan air; (2) hubungan sifat geologi dan hidrologi; (3) parameter hidrologi dan (4) sifat dan hubungan hidrologikimia. Ruj.: Da Costa 1960
amideamidaKimiaTiada1. Kumpulan sebatian organik yang mempunyai kumpulan amida, -CONH2, sebagai ciri utamanya, formula am RCONH2 (R ialah kumpulan alkil atau aril), berbentuk pepejal mudah meruap, berwarna putih, dan tidak bersifat bes walaupun kumpulan amino terdapat padanya. Sebatian jenis ini disediakan secara tindak balas asil halida dengan ammonia. Sebatian ini digunakan sebagai bahan pemula dalam sintesis organik. Misalnya, etanamida, CH3CONH2. 2. sebarang sebatian tak organik yang mempunyai kumpulan –NH2 atau ion NH2-, seperti dalam natrium amida, NaNH2.
phenolsfenolKimiaTiada1. Kumpulan sebatian organik aromatik yang mempunyai satu atau lebih kumpulan hidroksil, -OH, yang terikat pada kumpulan aril, dan mempunyai formula am R-OH (R ialah kumpulan aril). Fenol sifatnya berasid dan disediakan melalui pelakuran garam asid dulfonik dengan natrium hidroksida, diikuti dengan percampuran asid sulfurik. Fenol digunakan dalam pembuatan pewarna dan plastik tertentu. Misalnya, fenol, kreosol, dan xilenol. 2. Sebatian organik aromatik, formula C6H5OH takat lebur 43oC, takat didih 182oC, wujud dalam bentuk hablur berwarna putih, larut di dalam alkohol, eter, kloroform, air dan alkali. Dalam industri, fenol disediakan secara pengoksidaan kumena. Sebatian ini digunakan untuk membuat resin epoksi, resin fenolik, bahan penyahjangkit, minyak wangi dan pencelup. Sin. asid karbolik, hidroksibenzena.
sorussorus.BiologiHistologi dan Sitologi1 Kumpulan sporangium bertangkai yang terdapat di bahagian permukaan bawah pinul pada paku pakis, atau kumpulan sporangium pada kulat. 2 Kumpulan anteridium pada fron rumpai laut. 3 Jisim soredium liken. 4 Kumpulan spora pada sesetengah Sarcodina dan kulat lendir.
autocatalystazidaKimiaTiada1. Kumpulan sebatian organik yang mempunyai kumpulan azida, -N3 yang berstruktur rantai –N=N=N sebagai ciri utamanya dan mempunyai formula am RN3 (R ialah kumpulan alkil atau aril). Sebatian jenis ini diperoleh daripada tindakan asid nitrus terhadap asid hidrazida. Azida merupakan bahan yang mudah meletup dan digunakan sebagai bahan peletus, misalnya, metil azida, CH3N3. 2. Sebarang sebatian tak organik yang mengandungi ion N3ˉ. Azida logam berat lazimnya mudah meletup dan digunakan sebagai bahan peletus. Misalnya, natrium azida, NaN3.
insurance funddana insuransPentadbiran PerniagaanTiada1. Kumpulan wang yang mengandungi semua premium yang diterima oleh insurer, termasuk pendapatan kumpulan wang itu. 2. Aset yang terkandung dalam kumpulan wang itu digunakan hanya untuk memenuhi liabiliti dan perbelanjaan yang berkaitan dengan perniagaan insurans yang dimaksudkan.
chromohorekromoforFarmasiTiada1. Kumpulan fungsi sebatian yang menyerap sinaran elektromagnet. 2. Kumpulan berfungsi dalam satu sebatian kimia yang menyerap cahaya tampak dan menyebabkan sebatian molekul berwarna.
octaphylliteoktafilitGeologiTiada1. Kumpulan mineral mika yang mengandungi lapan kation untuk setiap sepuluh oksigen dan dua ion hidroksil.,2. Sebaarang mineral dari kumpulan oktafilit, seperti biotit; mienral lempung trioktahedron.
fund1. kumpulan asasi 2. danaUndang-undangTiada1. Wang untuk sesuatu tujuan atau kegunaan. 2. Tabung yang diwujudkan oleh badan tertentu untuk menyatukan wang daripada pelbagai sumber untuk membayar segala keperluan kewangan badan tersebut.
zeolitezeolitGeologiTiada1. Kumpulan aluminosilikat berwarna putih atau tanpa warna yang menyerupai feldspar dari segi komposisinya, dengan natrium, kalsium, dan kalium sebagai logam utamanya.,2. Sebarang mineral dari kumpulan zeolit, termasuk natrolit, henlandit, analsim, kabazit, stilbit, mesolit, skolesit, filipsit, lanmontit, mordenit, klinoptilolit, erionit, harmotom, dan sebagainya.
12345678910...

Kembali ke atas