fiber cushion | kusyen serat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kusyen yang diletakkan pada lapisan bawah karpet yang diasingkan, dan mengandungi bulu binatang, jut, atau gabungan fiber. Gabungan bulu binatang dan jut biasa terdapat di kebanyakan kusyen fiber. Kebanyakan lapisan bawah karpet adalah daripada jenis bergetah yang mempunyai satu atau dua permukaan. |
bonded urethane cushion | kusyen ikatan uretana | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kusyen karpet yang diperbuat daripada sebatian atau lebihan uretana, yang diambil daripada buih pembuatan bahan uretana yang diproses menjadi biji-bijian untuk membentuk bahan yang berlubang dan dijadikan kepingan kusyen. |
emery bag | kusyen emeri | Kesenian | Tiada | Kusyen peniti yang diisi dengan bahan las untuk menajam dan mencegah karat. |
seam roll | kusyen kelim | Kesenian | Tiada | Kusyen silinder yang disumbat padat, terutamanya digunakan untuk menekan kelim pada bahagian yang tirus, seperti di lengan. |
scatter cushion | kusyen serak | Kesenian | Tiada | Kusyen daripada pelbagai jenis tekstil, direka dalam pelbagai bentuk, saiz dan elemen hiasan dan diletakkan di merata-rata tempat. |
carpet cushion | kusyen karpet | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kusyen yang diletakkan di bawah kepingan karpet untuk tujuan kelembutan dan keselesaan ketika berjalan di atas permukaan karpet, di samping dapat menjaga ketahanan karpet. |
tailor's ham | kusyen bujur | Kesenian | Tiada | Kusyen bujur berpermukaan cembung yang digunakan untuk menekan bahagian pakaian yang melengkung. Contoh: lisu pemadan, pangkal lengan dan kelim garis puteri. |
wrist pin cushion | kusyen peniti tangan | Kesenian | Tiada | Kusyen kecil yang dipakai di pergelangan tangan untuk meletakkan jarum peniti. |
air cushion levitation | apungan kusyen udara | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Kusyen udara yang dihasilkan daripada tindakan medan magnet. |
air cushion resonance | salun kusyen udara | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Bunyi gema yang terhasil akibat pergerakan kenderaan di atas kusyen udara. |