industrial momentum | momentum perindustrian | Geografi | Tiada | tetapi juga menambahkan kepentingannya setelah keadaan asal yang mempengaruhi pertumbuhannya di kawasan tersebut telah berubah, tidak lagi penting atau pun hilang sama sekali. |
seismic basement | batuan dasar seismik | Kimia | Tiada | Batuan alas yang tertakrif daripada data seismik yang berada paling bawah jujukan batuan sedimen. Bahan kerak bumi yang berada di bawah dari batuan ini (kalau pun ada) tidak lagi dipentingkan dalam kajian yang sedang dalam perhatian. |
seismic basement | batuan dasar seismik | Kejuruteraan | Petroleum | Batuan alas yang tertakrif daripada data seismik yang berada paling bawah jujukan batuan sedimen. Bahan kerak bumi yang berada di bawah dari batuan ini (kalau pun ada) tidak lagi dipentingkan dalam kajian yang sedang dalam perhatian. |
critical temperature | suhu genting | Kejuruteraan | Petroleum | Suhu tertinggi terdapatnya fasa wap masih boleh dicairkan apabila dikenakan tekanan yang lebih besar. Pada sebarang suhu yang lebih tinggi daripada suhu ini, fasa wap tidak boleh dicairkan lagi, walau bagaimana besar pun tekanan yang dikenakan. |
despotism | despotisme | Biologi | Ekologi | Sejenis keagresifan sosial dalam hierarki haiwan, seperti yang berlaku pada ayam. Katakan ada 12 ekor ayam. Ada seekor yang paling berjaya dan menjadi raja kepada yang lain. Selepas raja ini, ada seekor ayam lagi yang kurang agresif daripada raja tadi, tetapi lebih berjaya daripada yang 10 lagi. Keadaan ini akan berterusan sehingga ayam yang kedua belas yang tidak dapat mematuk sesiapa pun, tetapi akan dipatuk oleh semua ayam lain. |