good shedder | penggugur kuat | Sains Forensik | Tiada | Individu yang mudah tertinggal bahan DNA-nya pada permukaan kulit individu lain atau pada permukaan objek yang disentuh. |
تدليس التورية | tadlīs tawriyat | Agama Islam | Hadith | Perawi yang membaca Ḥadīth yang didengar daripada gurunya, kemudian berkata, “Aku telah mendengarnya … .” Perkataan “nya” di situ bermaksud Ḥadīth yang lain. |
amobarbital | amobarbital | Kimia | Forensik | Formula kimia, CIIN18N203; nama lain, asid 5-etil-5-isoamilbarbiturik, amilobarbiton; nama dagang, Amytal. Serbuk berhablur putih, tanpa bau, berasa pahit, takat lebur 156°C- 161 °C, larut sangat sedikit dalam air untuk menghasilkan larutan berasid, dan larut dalam etanol. Jangka masa tindakan amobarbital ialah 3 - 6 jam. Amobarbital merupakan barbiturat yang diberikan untuk menghentikan gemuruh, terketar-ketar, dan membantu tidur. Kesan sampingan -nya termasuk pening, terawang-awang dan rasa mengantuk. Pengambilan dos berlebihan boleh mengakibatkan kematian. Tanda-tanda dos berlebihan adalah kekeliruan mental, kelesuan yang teruk, nafas yang pendek, masalah bernafas, menggeletar dan degupan jantung yang amat perlahan. Serbuk ini dikenali sebagai depresan sistem saraf pusat dan merupakan ubat penenang serta ubat tidur yang boleh menyebabkan ketagihan. Dos parah anggaran ialah 1.5g, dan kepekatan toksik ialah 30 µg/mL. Sinonim amilobarbiton. |
mail order advertising | pengiklanan pesanan pos | Komunikasi | Korporat | Pengiklanan yang dilakukan sepenuh- nya melalui pos. Maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan diedarkan secara pos yang disertakan dengan panduan tempahan dan pembayaran. Maklumat ini boleh dalam bentuk katalog atau risalah. Kaedah pengiklanan ini biasanya dilakukan oleh syarikat besar yang berwibawa dan dipercayai oleh khalayak. Jenis barangan atau perkhidmatan yang kerap diiklankan ialah barangan kecantikan, buku, atau barangan khusus seperti alat keperluan rumah yang tidak dipasarkan melalui kaedah penjualan yang lain. Contoh perkhidmatan yang diberikan pula ialah khidmat bimbingan pelajaran dan khidmat membaik pulih peralatan. Kebaikan kaedah pengiklanan ini ialah pelanggan boleh mendapatkan barangan atau perkhidmatan secara langsung daripada pembekal. |
point-to-point protocol(PPP) | protokol titik-ke-titik(PPP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang paling popular untuk memindahkan paket protokol Internet (IP) antara pengguna dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) melalui pautan bersiri. Protokol ini dibangunkan pada tahun 1994 oleh pasukan petugas kejuruteraan Internet (IETF) yang akhirnya menggantikan protokol Internet talian bersiri (SLIP). PPP mewujudkan sesi antara komputer pengguna dengan ISP melalui LCP-nya sendiri. PPP menyokong PAP, CHAP dan protokol-protokol pengesahan lain seperti pemampatan dan penyulitan. Sinonim protokol kawalan berpaut |