Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : laras (bahasa): dia mengkaji bentuk bahasa yg diwujudkan dlm berbagai-bagai ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lakuan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
social behaviourlakuan sosialBiologiEkologiLakuan organisma terhadap kehadiran organisma lain. Lakuan sosial ditunjukkan oleh kebanyakan peringkat haiwan. Organisma multisel memaparkan lakuan sosial semasa mengawan. Misalnya, burung merak betina menunjukkan lakuan seks sebelum mengawan.
basic motor patterncorak motor asasSains SukanBiomekanikCorak atau kinematik lakuan motor pada peringkat yang belum mencapai tahap kematangan lakuan. Lihat juga lakuan motor.
aggressive behaviourlakuan agresifBiologiEkologiLakuan menggertak yang dilakukan oleh seseekor haiwan yang terdapat di sesuatu kawasan kepada haiwan lain yang cuba memasuki kawasan yang berkenaan. Misalnya, lakuan menggertak yang ditunjukkan oleh cicak Gecko kepada cicak lain.
fundamental motor patterncorak motor fundamentalSains SukanBiomekanikCorak lakuan motor yang asas, biasanya dapat diperhatikan pada kanak-kanak sebelum menjangkau umur prasekolah. Corak lakuan ini perlu dicapai sebelum corak lakuan yang matang diperoleh. Dalam sains sukan, proses mengenal pasti bakat sukan melibatkan penilaian kecekapan dalam mempamerkan corak lakuan yang matang.
instinctnaluriBiologiEkologiLakuan kompleks yang diwarisi oleh sesuatu organisma. Misalnya, lakuan berenang pada anak itik yang baru menetas.
motor performancelakuan motorSains SukanBiomekanikKajian berkaitan proses dengan psikologi dan fisiologi yang mempengaruhi prestasi motor, dan merangkumi aspek kawalan, pembelajaran dan perkembangan motor. Bagi seseorang atlet, kecergasan lakuan motor membawa maksud kemahiran yang tinggi dalam penggunaan tenaga secara minimum bagi menghasilkan daya dan hasil yang maksimum.
discrete skillkemahiran diskretSains SukanBiomekanikKelas kemahiran yang memperlihatkan permulaan lakuan yang jelas. Tahap permulaan dan pengakhiran lakuan ditentukan oleh kinematik pergerakan. Contohnya, kemahiran menendang, memukul atau membaling bola.
epideictic displaypaparan epideiktikBiologiEkologiSatu corak lakuan yang biasanya agresif, ditunjukkan oleh sesetengah haiwan, digunakan untuk menandai wilayahnya, dan memberi amaran kepada haiwan lain daripada mencerobohi wilayahnya. Lakuan ini kebanyakannya ditunjukkan oleh burung dan mamalia.
model analogue; model, analog (a) syn. analoguemodel analogHidrologiTiadaGambaran suatu sistem fizikal (prototip) oleh suatu sistem fizikal analog, dengan lakuan analog itu hampir (atau tepat) mengimak lakuan prototip. Model analog dalam hidrologi sangat sering mengimak aliran air dalam alur (atau melalui medium berliang) dengan aliran arus elektrik melalui suatu litar yang terdiri dari perintang dan kapasitor.
random practicepraktis rawakSains SukanBiomekanikKaedah latihan yang menumpukan aspek kemahiran dalam satu sesi latihan. Kaedah latihan ini memerlukan individu melakukan pelbagai lakuan dalam urutan yang rawak agar tiada pengulangan sesuatu lakuan. Contohnya, mengajar servis pendek, servis lob dan servis kilas dalam permainan badminton.
123456

Kembali ke atas