execute | lakukan | Teknologi Maklumat | Tiada | Lihat jalankan. |
carry-on (piping) | lakukan (arahan) | Sukan | Tiada | Arahan untuk meneruskan tugas. |
insulation test | ujian penebatan | Teknik | Elektrik | Ujian pemasangan elektrik yang lakukan untuk memastikan penebat kabel tidak mengalami kebocoran arus yang boleh menyebabkan litar pintas. Menurut peraturan I.E.E. rintangan penebat antara pengalir dan bumi mestilah tidak kurang daripada 1 megaohm atau 0.5 megaohm bagi peralatan yang ditanggalkan semasa ujian ini. |
direction | arahan | Pentadbiran | Tiada | Perintah oleh pihak pengurusan terhadap pekerja bagi mengawal aktiviti yang mereka lakukan. |
run | jalankan | Teknologi Maklumat | Tiada | Satu perintah untuk melaksanakan atur cara atau perisian yang telah di kompil kepada bahasa mesin. Sinonim lakukan. |
play group therapy | terapi permainan berkelompok | Perubatan | Psikiatri | Rawatan berkumpulan yang dilakukan terhadap kanak-kanak yang bermasalah melalui kaedah permainan yang biasa mereka lakukan. |
existantialism | faham kewujudan | Sejarah | Tiada | Fahaman tentang introspektif kemanusiaan atau falsafah bahawa kewujudan manusia menjadikan dirinya sesuai dengan kehendaknya dan hanya bertanggungjawab pada dirinya sendiri atas apa yang ia lakukan. |
existential counseling | kaunseling kewujudan | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka. |
vocalise | vocalise | Muzik | Tiada | 1. Karya vokal tanpa teks pada abad ke-19 yang dinyanyikan dengan satu atau beberapa suku kata. 2. Latihan vokal tanpa melibatkan teks. Vocalise biasanya dilakukan sebelum pe |