Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lam.ba.kan]/[lam.ba/.kan] | لمبقن

Definisi : 1. longgok (barang-barang yg tidak tersusun), timbunan; 2. (Eko) amalan menjual barang dr luar negara (biasanya dgn banyaknya) dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran tempatan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lam.ba.kan]/[lam.ba/.kan] | لمبقن

Definisi : 1 longgok barang-barang yg tidak tersusun, longgokan. 2 sesuatu produk atau hasil ladang yg terdapat dlm jumlah yg sangat banyak (disebabkan tidak laku, tiada permintaan terhadapnya dsb) dan dijual dgn harga yg sangat rendah. 3 ist (longgokan) barang dr luar negara dlm jumlah yg banyak yg dijual dgn harga yg jauh lebih rendah drpd harga pasaran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lambakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antidumping measureslangkah antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang diambil oleh negara pengimport untuk mengatasi lambakan barangan daripada pengeluar asing. Lambakan berlaku apabila pengeluar asing mengeksport barangan pada harga yang lebih rendah daripada harga barangan yang dijual di pasaran tempatan pengeluar asing tersebut. Selain itu, lambakan juga boleh berlaku jika pengeluar asing mengeksport barangan pada harga di bawah kos. Matlamat langkah antilambakan adalah untuk menterbalikkan kemudaratan yang dibawa oleh lambakan terhadap pengeluar di negara pengimport. Melalui perjanjian antilambakan, langkah antilambakan telah dilakukan seperti duti antilambakan yang tidak melebihi margin lambakan. Margin lambakan merujuk kepada perbezaan harga eksport barangan dan nilai normal barangan. Nilai normal barangan boleh merujuk kepada harga barangan di pasaran tempatan pengeluar asing. Antara langkah antilambakan yang lain ialah jaminan harga atau volum antara pengeluar asing dengan negara pengimport supaya harga import tidak dibenarkan kurang, mana
antidumping agreementperjanjian antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerjanjian dalam sistem Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) yang mendisiplinkan langkah antilambakan. Perjanjian ini memperuntukkan peraturan substantif dan tatacara yang perlu dipatuhi oleh negara anggota WTO jika mahu mengambil langkah antilambakan terhadap import. Perjanjian antilambakan melaksanakan Perkara VI GATT yang mencela aktiviti lambakan sekiranya lambakan memudaratkan pengeluar tempatan di negara pengimport. Perjanjian antilambakan membenarkan negara pengimport mengenakan duti lambakan terhadap import pada kadar yang sama dengan margin lambakan. Perjanjian antilambakan pada asalnya dikenali sebagai kod antilambakan, dirundingkan buat kali pertama dalam Rundingan Pusingan Kennedy dan dimuktamadkan pada tahun 1967. Pada tahun 1980, kod antilambakan ditukar nama kepada perjanjian antilambakan. Perjanjian antilambakan dilampirkan kepada GATT dan menjadi sebahagian daripada sistem WTO. Lihat juga langkah antilambakan.
antidumpingantilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAmalan yang dilakukan oleh negara-negara pengimport bagi menghadapi lambakan barangan import dengan mengenakan sekatan terhadap barangan tersebut. Amalan seperti ini sebenarnya bertentangan dengan prinsip pasaran bebas. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, amalan ini dibenarkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) sekiranya lambakan barangan boleh memberi kesan memudaratkan kepada pengeluar tempatan. Pada tahun 1908, Kanada menjadi negara pertama yang telah mengkanunkan undang-undang antilambakan. Kini, negara anggota WTO termasuk juga negara membangun dan kurang membangun turut melaksanakan undang-undang antilambakan. Lihat juga langkah antilambakan.
dumpinglambakan; pelambakanGeografiTiadaTiada
dumpinglambakan; pelambakanPentadbiranTiadaTiada
dumpinglambakan; pelambakanEkonomiTiadaTiada
dumpinglambakan; pelambakanKejuruteraanTiadaTiada
dumpinglambakanPentadbiranTiadaAmalan menjual barang di luar negara pada harga yang kurang daripada kos.
ore dumplambakan bijihGeologiTiadaTiada
core dumplambakan terasKomputerTiadaTiada
12

Kembali ke atas