Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lan.da/] | لندق

Definisi : sj binatang yg kulitnya berduri; ~ batu = ~ nibung sj landak, Atherurus macrourus; ~ raya = ~ tunggal, Hystrix brachyura; ~ laut sj karangan laut yg berduri kulitnya; bunga ~ = empedu ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Barleria prionitis; menduri ~ = sbg duri ~ jari yg halus tirus lagi cantik (pd perempuan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lan.da/] | لندق

Definisi : nama sj binatang yg badannya berduri, Hystrix brachyura. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata landak

Puisi
 

Kalau landak sama landak,
     Turun ke pantai menyukat beras;
Kalau hendak sama hendak,
     Gajah berantai boleh terlepas.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Memperagakan duri sebatang kepada landak.

Bermaksud :

Hendak melawan orang yang lebih segala-galanya. memperagakan = menunjukkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sea urchinlandak lautPerikananTiadaTiada
hedgehog techniqueteknik landakFizikTiadaTiada
porcupine beaterpemukul landakKesenianTiadaTiada
porcupine boilerdandang landakKejuruteraanKejuruteraan MekanikDandang yang dilengkapi tiub mati yang diunjurkan dari kelompang menegak bagi meningkatkan luas permukaan pemanasan dan keupayaannya untuk memindahkan haba. Dandang menegak ini digunakan untuk menghasilkan stim.
common porcupine (Hystrix brachyura)landak raya (Hystrix brachyura)PertanianTiadaTiada
quill drivepacuan duri landakKejuruteraanKejuruteraan MekanikSistem pacuan yang motornya dicagakkan di atas sebatang aci geronggang atau selongsong yang tidak boleh berputar. Aci atau gandar roda pemacu berada di dalam dan sepaksi dengan aci geronggang. Cemat pada angker akan bercantum dengan cerucuk bergerigi yang terdapat pada roda pemacu untuk memindahkan pergerakan roda. Sistem ini digunakan pada lokomotif elektrik.
Barleria prionitisBarleria prionitis (bunga landak)PertanianTiadaTiada
quill embroiderysulam quilKesenianTiadaSeni jarum yang dihiasi duri landak yang berbelah, pelepah bulu burung dan carikan belulang. Ia merupakan hasil kerja rahib wanita di Kanada.
algivorepemakan algaPerikananAkuakulturTabiat pemakanan ikan yang memilih makanan utama daripada sumber alga. Contoh ikan pemakan alga ialah gamat, landak laut dan dengkis.
meroplanktonmeroplanktonSains MarinTiadaOrganisma yang hidup sebagai plankton dalam sebahagian daripada kitaran hidupnya, terutamanya semasa peringkat larva. Contohnya, larva landak laut, larva tapak sulaiman, larva krustasia, larva ikan dan sebagainya. Banding holoplankton.
12

Kembali ke atas