periderm | periderma | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Lapisan pelindung tisu sekunder yang terbentuk di dalam lapisan epidermis atau suberpedermis batang, akar dan organ-organ lain tumbuh-tumbuhan. Lapisan ini biasanya terdapat sepanjang organ dan disertai dengan lapisan tisu yang hampir sama dan terletak ke dalam sedikit. Lapisan ini terdiri daripada lapisan pemula (di tengah), lapisan parenkima dalaman dan lapisan gabus luaran. 2. Lapisan luar epidermis fetus yang bersel dan akan luruh sebelum bayi dilahirkan. epitrikium. 3. Lapisan kitin dan perisarka yang terdapat pada sesetengah hidrozoon. 4. Kutikel (eponikium dan hiponikium) yang kekal pada bayi setelah dilahirkan. |
Malpighian layer | lapisan Malphighi | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Lapisan paling dalam pada sel epiderma yang mengalami mitosis dan kadang-kadang mengandungi melamin. stratum germinatium. 2. Lapisan yang terdiri daripada stratum geerminativum dan lapisan yang di atasnya (stratum spinosum). Sel lapisan ini mengandungi filamen keratin. rete Malpighi; rete mukosum. |
ectoplasma | ektoplasma | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Lapisan luar sitoplasma kebanyakan sel, yang berlainan daripada lapisan dalam (endoplasma) kerana bersifat separa pepejal, dan didapati penting dalam proses pembahagian sel dan pergerakan ameba. Lapisan ini biasanya kelihatan jernih dan tidak banyak mengandungi granul. Apabila keadaannya hampir seperti pepejal, lapisan ini bersifat gel (pasmagel). Lapisan ektoplasma dan endoplasma tidak jelas berbeza kerana lapisannya saling berbaur. ektosarka. 2. Istilah lain yang kadang-kadang digunakan untuk merujuk membran plasma tumbuh-tumbuhan. |
electrical double layer | lapisan ganda dua elektrik | Kimia | Tiada | 1. Lapisan cas elektrik positif dan negatif di sekeliling zarah koloid terampai. 2. Lapisan cas positif pada elektrod dan lapisan cas negatif pada permukaan larutan, atau sebaliknya. |
film | filem | Perubatan | Tiada | 1. Lapisan nipis. 2. Lapisan nipis bahan yang peka terhadap cahaya dan digunakan dalam fotografi dan radiografi. |
electric double layer | lapisan ganda dua | Kimia | Tiada | 1. Lapisan cas elektrik positif dan negatif di sekeliling zarah koloid terampai.,2. Lapisan cas positif pada elektrod dan cas negatif pada permukaan larutan, atau sebaliknya. |
double insulator | penebat kembar | Teknik | Elektrik | 1. Lapisan penebat kedua yang mencegah berlakunya renjatan sekiranya lapisan penebat pertama gagal. Penebat ini menutupi keseluruhan peralatan elektrik. 2. Kabel yang mempunyai dua lapisan penebat. |
epidermis | epidermis | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Lapisan pelindung luar pada batang, akar dan daun. 2. Lapisan luar kulit, epitelium berlapis tanpa salur yang berasal daripada ektoderma. 3. Satu-satu lapisan ektoderma inverbrat. |
parathecium | paratesium | Biologi | Mikologi | 1. Lapisan rangka luar apotesium. 2. Rangka di sekitar lapisan hifa pada liken. |
active layer | lapisan aktif | Geologi | Tiada | 1. Lapisan permukaan tanah di atas takat ibun abadi yang beku semasa musim sejuk tetapi aisnya menjadi cair semasa musim panas.,2. Mendapan permukaan yang mengalami perubahan isi padu yang bermusim. |