hydrolysis | hidrolisis | Geografi | Tiada | 1. Sejenis luluhawa kimia di mana air bergabung dengan mineral batuan untuk menghasilkan mineral lempung yang biasa nya tak larut air melalinkan dalam proses pengkarbonan. |
ornithine | ornitin | Kimia | Biokimia | Asid amino yang aktif optik dan tidak terdapat di dalam protein, tetapi merupakan bahan perantara penting dalam sintesis urea. Asid ini terbentuk daripada glutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan atau daripada N-asetilglutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan yang diikuti oleh pendeasetilan. Bentuk (L)nya menghablur daripada alkohol-eter dan larut di dalam air atau alkohol. Bentuk (DL)nya menghablur daripada air dan larut sedikit di dalam alkohol. Asid ini digunakan dalam penyelidikan biokimia dan dalam ubat-ubatan. |
amobarbital | amobarbital | Kimia | Forensik | Formula kimia, CIIN18N203; nama lain, asid 5-etil-5-isoamilbarbiturik, amilobarbiton; nama dagang, Amytal. Serbuk berhablur putih, tanpa bau, berasa pahit, takat lebur 156°C- 161 °C, larut sangat sedikit dalam air untuk menghasilkan larutan berasid, dan larut dalam etanol. Jangka masa tindakan amobarbital ialah 3 - 6 jam. Amobarbital merupakan barbiturat yang diberikan untuk menghentikan gemuruh, terketar-ketar, dan membantu tidur. Kesan sampingan -nya termasuk pening, terawang-awang dan rasa mengantuk. Pengambilan dos berlebihan boleh mengakibatkan kematian. Tanda-tanda dos berlebihan adalah kekeliruan mental, kelesuan yang teruk, nafas yang pendek, masalah bernafas, menggeletar dan degupan jantung yang amat perlahan. Serbuk ini dikenali sebagai depresan sistem saraf pusat dan merupakan ubat penenang serta ubat tidur yang boleh menyebabkan ketagihan. Dos parah anggaran ialah 1.5g, dan kepekatan toksik ialah 30 µg/mL. Sinonim amilobarbiton. |
maltose | maltosa | Kimia | Biokimia | Disakarida yang terdapat di dalam sesetengah bijian yang sedang bercambah seperti barli dan sebagainya, dan dihasilkan daripada tindak balas enzim amilase ke atas kanji dan glikogen. Bentuk a-nya menghablur sebagai monohidrat dalam bentuk jejarum tanpa warna dan mempunyai takat lebur 102-103oC. Disakarida ini larut di dalam air dan alkohol tetapi tidak larut di dalam eter, boleh terbakar, tidak toksik, dan digunakan dalam pembuatan makanan dan minuman sebagai pemanis, sebagai medium kultur dan sebagai penstabil polisulfida. |