man to man | satu lawan satu | Sukan | Tiada | Setiap pemain mengawal lawannya sendiri. |
antagonist | antagonis | Perubatan | Tiada | 1. Otot yang bertindak secara bertentangan dengan otot lawannya, seperti antara otot fleksor dengan otot ekstensor. 2. Bahan yang menduduki sesuatu reseptor, dan menghalang pengikatan agonis pada reseptor tersebut. Kehadiran antagonis pada reseptor sel tidak menimbulkan sebarang gerak balas. |
conqueror | penakluk | Sejarah | Tiada | Orang yang berjaya menakluk sesebuah negara dalam peperangan atau menewaskan lawannya. |
zanshin | siap siaga | Sukan | Tiada | Keadaan penyerang boleh terus-menerus menyerang tanpa memberi peluang lawannya menyerang balas, atau keadaan yang diserang boleh bertindak balas terus-menerus dengan spontan sebaik sahaja penyerang tamat menyerang. |
reading of game | baca permainan | Sukan | Tiada | Suatu kemahiran penting yang membolehkan seseorang pemain meramalkan permainan lawannya. Ia memerlukan pemerhatian teliti dan penempatan bola yang dirancang supaya lawan melakukan pukulan yang boleh diramalkan. |
win by walkover | menang tanpa bertanding | Sukan | Tiada | Keputusan referi yang memberikan kemenangan kepada petinju, kerana lawannya tidak hadir pada waktu pertandingan hendak dimulakan atau gagal pemeriksaan kesihatan atau kurang berat, atau lampau berat dalam kategori yang ditandingi. |
win by retirement | menang undur diri | Sukan | Tiada | Keputusan referi yang memberikan kemenangan kepada petinju kerana lawannya secara suka rela mengundur diri sewaktu pertandingan berlangsung. |
win by knockout | menang tumbuk keluar | Sukan | Tiada | Keputusan referi yang memberikan kemenangan kepada petinju kerana lawannya tidak dapat meneruskan pertandingan setelah referi menghitung sehingga sepuluh. |
hansoku chui | hansoku cui | Sukan | Tiada | Pengumuman pengadil menunjuk jari telunjuk ke arah dada pesalah dan memberi ipon kepada lawannya. |
cyclogenesis | siklogenesis | Sains | Hidrometeorologi | Perkembangan peredaran siklon yang sebelumnya tidak wujud dan juga penguatan peredaran siklon yang sedia ada. Lawannya ialah siklolisis. Walaupun siklogenesis selalunya terjadi serentak dengan pendalaman (penurunan tekanan) atmosfera, kedua-dua istilah ini bukanlah bersinonim. |