Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lebih
1. Bersinonim dengan baki
( sisa)
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan semakin
( bertambah, kian, lagi, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan kurang

Kata Terbitan : lebih-lebih lagi, berlebih, berlebihan, berlebih-lebihan, melebih, melebih-lebih, melebihi, melebihkan, kelebihan,

Peribahasa

253

More haste, worse speed

Jika kita membuat sesuatu dengan tergesa-gesa, kita akan mudah melakukan kesilapan, dan akibatnya kerja itu lambat siap. (Peribahasa ini digunakan untuk menasihati seseorang supaya melakukan pekerjaan dengan lebih perlahan-lahan dan berhati-hati).

Terlalu cepat jadi lambat

She was scolded by our teacher for making a lot of mistakes in her mathematics. If she had done her sums slowly and carefully, she would have been allowed to go home early like the other students. Now, she has to stay behind and redo her work. Haste makes waste.

Dia dimarahi gurunya kerana membuat banyak kesilapan dalam latihan matematiknya. Kalaulah dia membuatnya dengan berhati-hati, tanpa tergesa-gesa, dia tentu akan dibenarkan pulang awal seperti pelajar lain. Sekarang dia terpaksa duduk di kelas dan membuat semula latihan tersebut. Terlalu cepat jadi lambat.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
apex tickettiket apexAeroangkasaTiadaSejenis tiket penerbangan yang dibeli lebih awal daripada jadual penerbangan dengan harga murah.,Nisbah berat kasar pesawat udara dibandingkan dengan tujahan enjin, lazimnya digunakan dalam mereka bentuk awal pesawat udara.,Sejenis tiket penerbangan yang dibeli lebih awal daripada jadual penerbangan dengan harga murah.
prompt paymentpencepatan bayaran hutangEkonomiEkonomi IslamPengurangan jumlah bayaran hutang yang disebabkan oleh pembayaran hutang yang dilakukan lebih awal daripada tempoh ditetapkan. Pengurangan ini diberikan sebagai galakan supaya individu yang berhutang melunaskan hutangnya secepat mungkin. Tindakan ini membolehkan pemberi hutang mendapatkan semula wangnya lebih awal manakala individu yang berhutang pula mendapat pengurangan jumlah bayaran balik hutang. Jumlah pengurangan atau potongan boleh dimasukkan dalam dokumen perundangan utama bagi transaksi hutang Islam di bawah klausa ibra’.
preferred positionletak istimewaKomunikasiKorporatBahagian atau ruang dalam media cetak yang menjadi pilihan utama pihak pengiklan untuk mengiklankan barangan atau perkhidmatan. Kedudukan iklan ini perlu ditempah dan dibayar lebih awal bagi memastikan ruang tersebut diperoleh. Tujuan pembayaran lebih awal adalah untuk membolehkan pengiklan menentukan halaman dan bahagian tertentu dalam sesuatu halaman penerbitan. Pemilihan ini hanya dilakukan setelah pengiklan bersetuju membayar kos ruang melebihi 10% hingga 50% daripada kadar biasa. Matlamat utama pemilihan ini dibuat adalah untuk memastikan iklan yang disiarkan dapat menjangkau khalayak yang disasarkan. Contohnya, pengiklan menempah kedudukan iklan untuk barangan sukan di halaman sukan dalam sesebuah akhbar. Sinonim kedudukan penuh.
extrasystoleekstrasistolePerubatanTiadaDenyutan jantung yang lebih awal daripada biasa yang tidak bergantung pada rentak normal.
amazonstonebatu amazonGeologiTiadaNama yang lebih awal diberikan kepada varieti mikroklin yang berwarna hijau pucuk pisang, hijau cerah, atau hijau biru dan kadang-kadang digunakan sebagai batu permata, dan nama ini kemudiannya digantikan dengan amazonit.
predetonationpraletusKejuruteraanTiadaPeletusan bom nuklear lebih awal daripada yang dijadualkan.
premature eruptionpengeruptan pramatangPerubatanTiadaPengeruptan gigi lebih awal dari seharusnya.
protandryprotandriBiologiEntomologiKemunculan seks jantan yang lebih awal daripada seks betina serangga pada sesuatu musim.
protophloemprotofloemBotaniTiadaFloem primer yang terbentuk lebih awal dan matang semasa organ tumbuhan masih memanjang dan bertambah ukuran diameternya. Akibat tekanan yang dialami, sel menjadi panjang dan lampai dengan dinding yang nipis. Protofloem biasanya terdiri daripada unsur tapis tanpa sel rakan.
protoxylemprotoxilemBotaniTiadaXilem primer yang terbentuk lebih awal dan matang semasa organ tumbuhan masih memanjang dan bertambah ukuran diameternya. Akibat tekanan yang dialami, sel menjadi panjang, pecah dan musnah. Protoxilem biasanya terdiri daripada sel parenkima dan unsur trakeid.
12345678910...

Kembali ke atas