raised grain | ira timbul | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ira yang sebahagian gelang pertumbuhan- nya timbul dan lebih tinggi daripada permukaan biasa. Keadaan ini terjadi disebabkan alat permotongan yang tumpul dan kadar pengecutan pemukaan yang tidak seragam. |
taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
exopterygota | eksopterogota | Biologi | Entomologi | Serangga yang tidak mempunyai peringkat pupa dan metamorfosis-nya melibatkan perubahan yang amat sedikit pada setiap instar. Serangga muda yang dikenal sebagai ninfa biasanya serupa dengan serangga dewasa, tetapi lebih kecil dan mempunyai tunas sayap luaran pada peringkat awal. Serangga dalam kumpulan ini termasuklah lipas, lelawi, dan semua jenis kepinding dan kutu, serta serangga, seperti sesibur dan maifil. |
flavone | flavon | Herba | Fitokimia | Kumpulan sebatian yang dicirikan berdasarkan struktur molekul asasnya yang terdiri daripada dua gelang aromatik A dan B yang disambungkan oleh rangkaian propenon. Gelang aromatik sebatian flavon semula jadi biasanya mempunyai dua atau lebih kumpulan hidroksil pada gelang A-nya. Contoh sebatian flavon ialah apigenin. Banding flavanon. |
genome | genom | Herba | Fitokimia | Turutan DNA lengkap bagi satu set kromosom. Istilah genom boleh digunakan secara khusus bagi maksud set lengkap DNA nukleus dan juga bagi organel yang mengandungi DNA-nya sendiri. Contohnya, genom mitokondria atau kloroplas. Dalam bidang biologi, genom sesuatu organisma ialah maklumat warisan menyeluruh yang dikodkan dalam DNA atau RNA bagi virus. Dalam Projek Genom Manusia, lebih daripada 20,000 gen telah dikenal pasti. |
wait order | iklan tunggu masa | Komunikasi | Korporat | Kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan bagi memenuhi sesuatu strategi syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini, penyiaran atau penerbitan iklan tidak dilakukan sehingga mendapat kebenaran untuk meneruskan atau menghentikan penerbitan atau penyiaran nya. Kaedah ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kemungkinan utama, Pertama, sekiranya syarikat ingin membuat penjenamaan semula syarikat dan barangannya, sedangkan iklan tersebut telah disediakan lebih awal, maka penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan perlu ditangguhkan sehingga pihak syarikat mendapat sesuatu ketetapan berkaitan dengan strategi pengiklanan syarikat. Jenis ketetapan boleh dalam bentuk mengubah suai iklan yang sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan semasa atau membatalkan penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan. Kedua, sekiranya syarikat berada dalam keadaan bermasalah, maka kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan sedemikian akan dilakukan. |
saw-u | saw-u | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai kordofon yang digesek. Saw-u mempunyai badan berbentuk hati yang diperbuat daripada tempurang kelapa. Alat muzik ini mempunyai sebatang leher yang panjang melalui badannya. Penggesek dimasukkan antara dua tali. Picnya lebih rendah daripada alat muzik saw-duang. |